Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Peribahasa

Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak.

Bermaksud :

Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya mengenai penggunaan frasa 'pada masa kini' dan 'pada masa ini'. adakah penggunaan 'pada' tidak boleh digunakan sekiranya menggunakan kata 'kini'.sebaliknya hanya 'pada masa ini'. manakala 'kini' digunakan untuk 'masa kini' tanpa ada kata 'pada'. apa perbezaan antara 'pada masa kini', 'pada masa ini' dan 'masa ini'. bolehkah 'masa ini' berfungsi sebagai kata pangkal ayat?gramatis ke penggunaannya?Yang lebih gramatis ialah "pada masa kini".Tatabahasa04.10.2007
Adakah perkataan 'pada masa kini' dan 'kini' boleh digunakan dalam karangan..?? Adakah pada masa kini adalah lewah dan perlu digantikan dengan 'Kini' sahaja..??

Frasa "pada masa kini" boleh digunakan sama seperti frasa "pada masa hadapan".

Tatabahasa30.05.2011
pada masa kini atau pada masa ini ?Kini atau pada masa ini.Tatabahasa07.10.2011
Biteknologi telah diiktiraf sebagai satu daripada proses pemacu utama bangunan Negara pada masa kini dan pada masa hadapan.(TOLONG BETULKAN AYAT INI.TERIMA KASIH.)Biteknologi diiktiraf sebagai salah satu daripada pemacu utama negara pada masa kini dan pada masa hadapan.Tatabahasa02.02.2013
"Pada masa kini" atau "pada masa ini" yang betul?Penggunaan yang betul ialah "kini" dan "pada masa ini".Tatabahasa21.07.2016
Bolehkah kita menggunakan "pada masa kini"?Frasa "pada masa kini" boleh digunakan sama seperti frasa "pada masa hadapan".Tatabahasa27.10.2015
Penggunaan a. Masa kini b. Pada masa ini c. Pada masa kini Mana yang betul penggunaannya?Yang lebih tepat ialah "Pada masa kini".Tatabahasa03.10.2007
A. pada masa hadapan B. pada masa depan yang manakah betul? saya diajar bahawa B yang betul kerana hadapan=kata arah. adakah A diterima dalam peperiksaan? terima kasihKedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa02.07.2019
Tuan, Apakah bezanya 'pada masa sekarang' dengan 'pada masa ini'?Kedua-dua frasa tersebut mempunyai maksud yang sama.Makna04.03.2009
1. mempunyai banyak pengalaman atau mempunyai pengalaman yang banyak. 2. pada masa kini atau pada masa ini. 3. cara betul menulis tajuk atau tema perlu ada tanda petik / inverted commas atau tidak.

1. mempunyai banyak pengalaman atau mempunyai pengalaman yang banyak. - kedua-duanya betul

2. Yang betul ialah pada masa ini, atau kini.

3. Menulis tajuk sesebuah buku atau hasil penerbitan yang lain dalam sesebuah penulisan perlu ada tang petik dua di awal dan akhir tajuk, seperti: semua pengalaman hidupnya dikongsi dengan masyarakat dalam bukunya "Liku-liku Kehidupan".

Tatabahasa29.09.2010
12345678910...

Kembali ke atas