Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam masa yang sama atau pada masa yang sama?Untuk makluman, kedua-duanya boleh digunakan. Akan tetapi, bergantung kepada konteks ayat.Tatabahasa30.12.2015
apakah maksud konsep kontemporari?Kontémporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama (dengan seseorang atau sesuatu).Makna18.01.2010
Dalam masa yang sama atau pada masa yang sama?Manakah penanda wacana yang betul?Untuk makluman, kedua-duanya boleh digunakan. Akan tetapi, bergantung kepada konteks ayat.Tatabahasa16.07.2021
bolehkah beri beberapa sinonim perkataan 'selain itu,pada masa yang sama,di samping itu'?

Mengikut Kamus Dewan Maksud Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti. SELAIN : hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; DI SAMPING :1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; PADA MASA YANG SAMA : ketika itu.

Tatabahasa16.04.2008
Apakah padanan "Spellsword"? Secara mudahnya perkataan ini bermaksud seseorang yang menggunakan senjata dan sihir pada masa yang sama di dalam permainan atau kisah fantasi.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah spellsword ialah mantera pedang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.08.2023
Selamat petang tuan. 1.Saya makan sambil berbual dengan kawan saya di kantin. Adakah ayat ini betul? Bolehkah makan dan berbual boleh berlaku pada masa yang sama? Ada cikgu berpendapat tidak boleh kerana kita gunakan organ yang sama. Terima kasih.Dari segi ayat, ayat tersebut betul. Tatabahasa07.07.2023
Adakah ayat ini betul : 'Adalah seperti yang berikut'. Saya kurang pasti kerana ayat ini lewah tetapi pada masa yang sama penggunaan frasa ini semakin meluas. Ayat 'adalah seperti yang berikut' adalah betul dan boleh digunakan. Untuk makluman, kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif.Tatabahasa13.08.2011
Bolehkah saya gunakan istilah "Majlis Aspirasi dan Kecemerlangan" dengan maksud untuk memberi penekanan kepada konsep majlis tersebut supaya menjadi aspirasi kepada pelajar lain dan pada masa yang sama meraikan kecemerlangan.Pada pandangan pihak kami, tajuk yang sesuai ialah Majlis Aspirasi Kecemerlangan.Lain-lain15.03.2018
Kata sendi nama manakah yang betul dalam ayat ini: "Buku ini dipinjam dari/daripada perpustakaan"? Dalam ayat ini, perpustakaan adalah tempat, dan pada masa yang sama juga ia adalah asal atau punca buku itu dipinjam. Mohon pencerahan, terima kasih.Penggunaan yang betul ialah daripada. Dalam ayat tersebut, perkataan dipinjam boleh digunakan sebagai penentu penggunaan kata  sendi sama ada dari dan daripada. Ayat tersebut lebih lebih kepada sumber atau punca.Tatabahasa06.08.2020
Ketika hujan turun, panggil saya. Apabila hujan turun, panggil saya. Sama maksud ke?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "ketika hujan" ialah semasa hujan sedang turun, manakala "apabila" menyatakan makna pada masa yang sama seseorang melakukan sesuatu atau sesuatu berlaku, ketika, tatkala. Oleh itu, kedua-dua ayat di atas mempunyai maksud yang sama.Makna26.06.2023
12345678910...

Kembali ke atas