| Pak Sahak dan Pak Rohan menebas lalangdi padang permainan itu dengan mesin rumput. Betulkah penggunaan menebas di dalam ayat? Atau lebih sesuai diganti dengan memotong? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Kedua-dua perkataan “menebas” dan “memotong” boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.06.2020 |
| 1)Sesetengah orang tidak berminat untuk bersukan dan beriadah. 2) Dua daripada pemain berjersi merah-kuning itu dibuang padang kerana melanggar peraturan permainan 3) Masing-masing pelajar yang tidak membuat sebarang latihan itu didenda oleh Puan Low. 4) Sesetengah pejabat swasta tidak dibuka pada hari Sabtu. 5)Satu perdua deretan rumah kedai itu musnah dijilat api. Munsyi, apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 1 - 5. haraplah tunjuk ajar daripada tuan . Terima kasih terlebih dahulu. | Buang perkataan itu dalam ayat 2, 3 dan 5. Untuk membina ayat gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan dan lihat tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat. | Tatabahasa | 11.06.2012 |