apakah maksud dihindari | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dinihari ialah fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.04.2009 |
Pada pukul tujuh pagi / Pada pukul 7 pagi / pada pukul 7.00 pagi / pada pukul 7:00 pagi. Mana satu yang betul? | Yang paling tepat ialah ...pada pukul 7.00 pagi. | Tatabahasa | 09.03.2010 |
Salam 1Bahasa. Esok pagi atau pagi esok dalam konteks ayat. | Frasa yang betul ialah pagi esok sama seperti hari esok. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
manakah yang betul penggunaannya: pagi esok atau esok pagi | Frasa yang betul ialah pagi esok sama seperti hari esok. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Betulkah jika kita tulis frasa 'selamat pagi seperti berikut: -Selamat pagi. ( Huruf awal ditulis dengan huruf besar dan ada tanda noktah pada akhir frasa) | Ejaan yang betul ialah "Selamat pagi." | Ejaan | 07.10.2011 |
Ayat berikut yang mana betul? a. Saya belajar dari pagi hingga petang. b. Saya belajar dari pagi ke petang. c. Saya belajar dari pagi hingga ke petang. | Ayat yang betul ialah 'Saya belajar dari pagi hingga petang.' | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagi | Antara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut. | Makna | 19.10.2011 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya, tolong contoh pantun | Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. Contoh pantun enam kerat: Tempayan pecah jangan diterap, Boleh buat pengisi dedak, Dedak basah penjemur padi; Orang miskin apa diharap, Budi tiada bahasa pun tidak, Emas perak jauh sekali. | Lain-lain | 15.07.2010 |
a) Beego bermain bola pada waktu pagi? b) Beego bermain bola pada waktu petang? (atau) Ayat majmuk: 1) Beego bermain bola pada waktu pagi atau petang? 2) Beego bermain bola pada waktu pagi atau waktu petang? 3) Beego bermain bola pada waktu pagi atau pada waktu petang? Ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang tepat ialah "Beego bermain bola pada waktu pagi atau petang?" . Dalam ayat tersebut, berlaku pengguguran frasa sendi nama yang serupa. | Tatabahasa | 09.10.2013 |
1. Dia pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. / Dia pergi sekolah setiap pagi dengan menaiki bas. / Dia pergi ke sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. Manakah yang betul? 2. Banyak kanak-kanak kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. - ayat ini dengan letih lesu salah kerana hokum jamak? 3. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 4. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. Ayat ini betul dari segi tatabahasa? Diam = tinggal 5. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. Jika ayat tanpa buangkan perkataan duduk. Betul atau salah? TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! Semoga BAHASA MALAYSIA DIHAYATI OLEH LEBIH RAMAI PELAJAR! | 1. Dia pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. 2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - Letih atau lesu , kedua-duanya betul 3. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 4. Ken Yee diam di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 5. Para pelajar disuruh duduk semasa ketiadaan guru. - Perkataan diam perlu digugurkan kerana antara maksud duduk ialah tinggal atau diam | Tatabahasa | 24.10.2011 |