Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana betul penggunaannya ( Jam atau Pukul ) nantikan siaran 'Bajet 2013' Pukul 9.00 pagi, 1 Oktober, di TV 2 atau Jam 9.00 pagi, 1 Oktober, di TV 2 sekian terima kasihPenggunaan yang betul ialah pukul 9.00 pagi.Tatabahasa03.10.2012
Berikan penggalan waktu untuk 24 jam sehari. Contoh : Pkl 1.00 tgh hari atau petang?Pemenggalan waktu:

12 tengah malam-1 pagi

1 pagi-11.59 pagi

12.00 tengah hari-1.59 petang

2 petang-6.59 petang

7 malam-11.59 malam
Lain-lain29.10.2019
Soalan 1 - Manakah cara menulis masa 10.00 pagi yang paling tepat? (A) 10.00 pagi (B) 10:00 pagi Soalan 2 - perkataan pagi dalam 10.00 pagi, ditulis huruf besar atau huruf kecil?Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, jawapan yang betul ialah 10 pagi.Lain-lain30.09.2021
1.Pada esok pagi,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. 2.Pada pagi esok,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penggunaan 'esok pagi' atau 'pagi esok' dalam ayat-ayat di atas adalah betul?Frasa yang gramatis ialah "pagi esok" sama seperti hari esok. Walau bagaimanapun frasa "esok pagi" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam ungkapan lisan.Tatabahasa04.03.2015
1) pada waktu pagi atau pada pagi? Sebab apa? Cth ayat: Suasana amat tenang pada pagi / pada waktu pagi yang berbahagia ini. 2) Apakah perbezaan antara ke dengan ke dalam? Cth: masuk ke dalam dewan atau masuk ke dewan? 3) Adakah dari semasa ke semasa mempunyai maksud yang sama dengan dari masa ke masa? 4) ke arah utara/selatan/timur/barat atau ke utara/selatan/timur/barat? Ribuan Terima Kasih !1. Penggunaan frasa “pada waktu pagi” dan “pada pagi” dalam contoh ayat yang diberikan, betul kerana kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.
2. Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Manakala “ke dalam”  merupakan frasa sendi nama untuk menunjukkan konsep ruang. Ayat yang betul ialah “Masuk ke dalam dewan”.
3. “Dari semasa ke semasa” membawa maksud yang sama dengan “dari masa ke masa”.
4. Frasa yang betul ialah ke arah utara, ke arah selatan, ke arah timur dan ke arah barat.
Tatabahasa23.01.2022
Selamat pagi. 1. Terdapat lambang bunga raya pada wang syiling. 2. Lambang bunga raya terdapat pada wang syiling. Mana satu ayat adalah betul? Terima kasih.Kedua-dua ayat ini betul. Cuma istilah yang kerap digunakan untuk merujuk wang syiling ialah duit syiling.Tatabahasa12.08.2015
Selamat pagi. 1. Pusingan kedua ini merupakan pusingan kalah mati. Betulkah penggunaan istilah di atas? Kalau tidak, apakah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi atau maksud ayat di atas. Bolehkah istilah 'kalah singkir' atau 'kalah keluar' diguna pakai. Sekian, terima kasih.Istilah kalah mati boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa03.09.2013
Selamat pagi. 1. Terima kasih diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Betulkah ayat di atas. Jika tidak, apakah kesalahannya.Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi."

Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja'  dan '...di kampung'.
Tatabahasa03.09.2013
Selamat pagi. 1. Peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi' dengan 'harapkan pegar, pegar makan padi'. 2. 'Melepaskan batuk di tangga' atau 'melepaskan batok di tangga'. Yang mana satukah peribahasa yang paling betul. Terima kasih.Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.Tatabahasa03.09.2013
Selamat pagi , 1. Adakah perkataan "isytirahat" betul ???atau istirahat. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah istirahat.Istilah04.08.2010
12345678910...

Kembali ke atas