apakah maksud dihindari | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dinihari ialah fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.04.2009 |
Apakah perbezaan proaktif dan produktif ? Contoh soalan: Saya akan jadikan pagi ini pagi yang (proaktif/produktif). | Merujuk kamus terbitan terkini DBP, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): proaktif adj 1 (berkenaan dengan langkah, tindakan, fikiran dsb) jauh ke hadapan dan lebih baik drp jangkaan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb dgn cekap dan berkesan: Kerajaan negeri sudah merangka langkah proaktif bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup rakyat.Cara didikan anak-anak haruslah lebih proaktif, sesuai dgn perkembangan zaman. 2 (berkenaan dengan seseorang) mampu berfikir dan bertindak pantas serta jauh ke hadapan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb: Hanya ketua eksekutif yg benar-benar proaktif dan berwawasan berani membuat perubahan supaya syarikat lebih berdaya maju.Bank perlu lebih proaktif dlm mengambil langkah utk meningkatkan kepercayaan pelanggan mereka. produktif adj 1 (berkenaan dengan seseorang) berupaya atau mampu mengeluarkan hasil yg banyak atau menguntungkan: Golongan peniaga hendaklah lebih produktif dan mencari kaedah pemasaran yg lebih berkesan. Penulis perlu lebih produktif dan kreatif dlm berkarya. 2 (berkenaan dengan sesuatu) berkesan, bermanfaat dsb ke arah menghasilkan sst yg baik, berkualiti dsb: Kursus ini bertujuan utk melahirkan gaya hidup yg sihat dan produktif.Minggu ini merupakan minggu yg produktif. Farooq menyifatkan rundingan itu amat produktif kerana pelbagai syor yg berbeza dibincangkan. 3 (berkenaan dengan wanita, tanaman dsb) berupaya melahirkan anak atau membiak: Dia masih produktif dan telah melahirkan anak yg kelima dlm usia 40-an. Penggunaan dan pemilihan kata adalah bergantung kepada maksud dan konteksnya. Maka, Saya akan menjadikan pagi ini pagi yang produktif. | Makna | 04.06.2023 |
Selamat pagi, boleh tanya apakah perbezaan antara kreativiti dan inovasi. Terima kasih. | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 15.12.2016 |
Beza Jam dan Pukul? ada yang menyatakan Jam untuk sistem 24 jam (Jam 0600 / 1800) manakala pukul utk sistem 12 jam ( pukul 6 petang / pagi). adakah benar kenyataan ini? boleh beri pencerahan dan rujukan? terima kasih. | Penggunaan yang betul untuk merujuk waktu ialah “pukul” yang membawa maksud bahagian daripada sesuatu hari seperti yang ditunjukkan oleh jam atau waktu tertentu dalam sesuatu hari. Contoh penggunaan dalam ayat, Kami sampai di rumah pada pukul 6.00 petang. Untuk rujukan sila layari laman web DBP, iaitu https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pukul | Makna | 15.08.2020 |
Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
Selamat pagi. Sekadar ingin bertanyakan terjemahan paling sesuai untuk perkataan "urban legend" iaitu kejadian yang dianggap berlaku namun sebenarnya tidak. Terima kasih. Yang benar, Hamdan | Tidak ada terjemahan urban legend dalam pangkalan data kami. Dalam konteks budaya kita, genre yang boleh menggambarkan maksud perkataan urban legend ialah cerita jenaka, cerita seram dan cerita rakyat, namun tiada satu kata atau frasa yang boleh menggambar maksudnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.12.2014 |
Salam sejahtera, saya menghadapi beberapa kekeliruan; 1. Berkenaan ucapan salam terutamanya pada waktu tengah hari, petang dan malam. Sila rujuk keterangan di bawah. a) 12.00- 12.59 minit tengah hari - "selamat tengah hari" b) 1.00- 6.59 petang - "selamat petang" c) 7.00 - 12.00 - "selamat malam"(Bahasa Inggeris disebut Good Evening" d) 12.01 - 11.59 pagi - "selamat pagi" Adakah keterangan di atas benar atau sebaliknya. Tolong jelaskan. 2. Tolong berikan jawapan untuk soalan ini, Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. Amat terindah B. Sungguh amat indah C. Amat sungguh terindah D. Sungguh amat terindah Soalan tentang tajuk ini pernah saya kemukakan sebelum ini namun saya masih lagi keliru. Sekian, terima kasih. | Saudara, Menurut maklumat yang dikemukakan bagi (a) ucapannya ialah "selamat tengah hari", (b) ucapannya ialah "selamat petang", (c) ucapannya ialah "selamat malam" dan (d) ucapannya ialah "selamat pagi". Kata amat, sangat dan sungguh merupakan kata penguat bebas yang letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Dalam hal ini salah satu kata sudah memadai digunakan dalam ayat. Contohnya, sungguh indah; amat indah. Awalan "ter-" ialah penanda darjah penghabisan dan digabungkan dengan kata penguat bebas . Contohnya, teramat indah; tersangat indah. | Tatabahasa | 28.11.2010 |
Selamat Pagi Saya ingin bertanya mengenai frasa di dalam bahasa English iaitu 'potting soil' atau 'potting mix'. Istilah tersebut sering digunakan dalam bidang perkebunan mini bermaksud media yang digunakan untuk menanam sayuran dan herba di dalam pasu. Apakah terjemahan yang benar untuk kedua-dua istilah tersebut? terima kasih. | Terjemahan bagi "potting soil" ialah tanah pasu. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2015 |
Saya masih keliru tentang penggunaan kata sendi dari dan hingga/sehingga. Adakah ungkapan “dari pagi hingga/sehingga ke petang” betul? Jika silap, mohon penjelasan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Oleh itu ungkapan 'dari pagi hingga /sehingga petang boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.11.2009 |
Selamat pagi, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perbezaan maksud dan cara menggunakan perkataan berikut: dekat dan berdekatan. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dekat bermaksud: 1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dari, hampir. Contohnya, 'rumahnya dekat dengan kedai'; 'Sungai Siput letaknya dekat sahaja dengan Kuala Kangsar'. 2. hampir (berkenaan waktu, masa, jumlah, dll). Contohnya, wang yang dikumpulkannya sekarang ini sudah dekat seribu ringgit. 3. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu). Contohnya, 'Peperiksaan akhir tahun sudah dekat'. 4. rapat (berkenaan hubungan persaudaraan, persahabatan dll), karib Contohnya, 'penghulu kampung itu dekat benar dengan anak buahnya.' Berdekatan pula bermaksud berada atau terletak dekat (dengan sesuatu tempat), berhampiran. Contohnya, rakit itu kemudiannya dihanyutkan dihanyutkan ke dalam sungai yang berdekatan.' | Makna | 20.01.2012 |