Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.hang] | ڤهڠ

Definisi : (Sunda) ark sj bau yg tidak sedap (spt bau daun pohon buah nona); pahit ~ pahit getir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.hang] | ڤهڠ

Definisi : negeri di tenggara Semenanjung, keluasan 35 965 km2, Kuantan sbg ibu negeri, Darul Makmur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pahang

Puisi
 

Dari Pahang ke Kuala Lipis,
     Angin bertiup sebelah utara;
Bila berdepan memanglah manis,
     Bila belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah mana yang betul ? 1. Industri tenunan Pahang atau industri tenun Pahang 2. Tenun Pahang Diraja atau Tenunan Pahang Diraja 3. Kain tenunan Pahang atau kain tenun Pahang

Sebagai kata nama khas, (1)Industri tenunan Pahang(2) Industri Tenun Pahang(3) Kain tenunan Pahang(4) kain tenun Pahang betul dan (5) Tenunan Pahang Diraja boleh digunakan.

Istilah13.08.2014
Tenun Pahang Diraja atau Tenun Pahang DiRaja atau Tenun Pahang Di RajaTenun Pahang Diraja.Ejaan05.08.2014
Negeri Pahang atau negeri Pahang?Ejaan yang betul ialah negeri Pahang.Ejaan09.05.2023
Maaf, saya ingin bertanya. Berkenaan perkataan "baju Pahang" atau "baju pahang" yang mana satukah yang betul? Mohon pencerahan pihak DBP.Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Baju Pahang" kerana ia merupakan frasa nama. Ejaan02.10.2020
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, Tingkat 7 & 11, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Department of Statistics Malaysia State of Pahang, 7th & 11th Floor, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Daru Makmur. mohon pengesahan, adakah betul terjemahan inggeris. adakah alamat di bahagian inggeris perlu italic juga bagi bahasa melayu seperti Jalan Gambut. alamat ini akan diletakkan ke atas kad namaAlamat yang dinyatakan adalah betul. Walau bagaimanapun, sila betulkan ejaan Darul.Penyemakan dan penterjemahan16.03.2020
Assalamua'alaikum. mohon bantuan ejaan bagi tiga nama syarikat ini di dalam jawi sebagai pengesahan dbp. 1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD 2. PAHANG GO SDN BHD 3. ASIA DEBUT SDN BHD sekian, Terima Kasih.1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD - کوريدور اوتيليتي ڨهڠ سنديرين برحد
2. PAHANG GO SDN BHD - ڨهڠ ݢو سنديرين برحد
3. ASIA DEBUT SDN BHD - ايشا ديبيو سنديرين برحد
Ejaan13.12.2019
Ejaan yang manakah betul 1. Kampung Dua, Mukim Kuantan, Negeri Pahang atau 2. Kampung Dua, mukim Kuantan, negeri Pahang

"Kampung Dua", "Mukim Kuantan" dan "Negeri Pahang" dikategorikan sebagai kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar.

Ejaan09.11.2021
Salam. Saya ingin bertanya mengenai perkataan 'buntat' dalam dialek Pahang. Adakah perkataan buntat yang bermaksud budak kecil mengikut dialek Pahang? Dan adakah sejarah asal usulnya? Terima kasih.DBP ada menerbitkan Glosari Dialek Pahang pada tahun 2015, namun begitu tidak terakam perkataan “buntat” dalam glosari tersebut. Perkataan “buntat” terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2015, antaranya untuk penggunaannya dalam contoh peribahasa “buntat hendak menjadi gemala” yang bermaksud orang kecil hendak menjadi orang besar. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua terbitan DBP tahun 2016 juga terakam “buntat hendak jadi gemala” yang bermaksud tidak tahu kekurangan dirinya. Maksud yang diberikan dalam ketiga-tiga buku tersebut tidak membawa maksud budak kecil dan tidak merakam asal usulnya.Istilah21.12.2017
Dear tuan, dalam format surat kiriman rasmi, tarikh pada alamat penerima (negeri) perlu dirulis dalam huruf kecil atau huruf besar? Contoh, ..... , Bentong, PAHANG. atau ......, Bentong, Pahang. mohon pencerahan dengan kadar segera Tuan...Terima kasih.Kedua-dua bentuk penulisan "... 50460 Kuala Lumpur." dan "... 50460 KUALA LUMPUR." adalah betul. Tuan boleh membuat pilihan bentuk yang hendak digunakan dan penggunaannya hendaklah tekal dalam semua surat.Ejaan27.09.2016
Pemergian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang. A Pemergian Yang Amat Mulia B Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia C Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia D Pemergian Duli Yang Teramat Mulia (munsyi, apakah jawaban yang sesuai digunakan? apakah perbezaan antara Duli Yang Teramat Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia) TKGelaran bagi Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya ada yang sama dan ada yang berbeza aantara negeri-negeri beraja. Di negeri Pahang, baginda digelar Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang tetapi di negeri Johor digelar Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor. Oleh itu, hal ini perlu dirujuk dari satu negeri ke satu negeri atau puan boleh juga merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.Lain-lain06.03.2013
12345678910

Kembali ke atas