Saya ingin bertanya, dalam laman web TransferWise, ada "Paid Like A Boss". Bagaimana saya boleh menterjemah ayat tersebut? Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi Paid Like A Boss ialah: i. Pembayaran segera ii. Bayar dengan mudah | Makna | 08.11.2022 |
Tuan/Puan, Apa padanan "fund" dalam Bahasa Melayu bagi ayat di bawah: "Transfer of fund 41. (1) All moneys standing in, or due to be paid to, the Fund of MARA established under section 13 of the Majlis Amanah Rakyat Act 1966, in respect of ITM, shall on the appointed date be vested in the Universiti established by this Act and transferred to the Fund.". Fund merujuk wang/dana/kumpulan wang? Sekian, terima kasih. Sekian, terima kasih. | Padanan perkataan “fund” dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah “dana”. Walau bagaimanapun, bagi perkataan “Fund” yang membawa maksud sebahagian daripada kata nama khas atau akta, tuan disarankan untuk berhubung terus dengan pihak MARA untuk maklumat lebih lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.10.2021 |
Mohon pengesahan sama ada terjemahan bagi perkataan “outgoings” dan konteks ayat di bawah adalah tepat. Apakah padanan lain yang difikirkan sesuai bagi perkataan “outgoings”. Teks Bahasa Inggeris 23. (1) A fund to be known as the Co-operative Institute of Malaysia Fund (hereinafter referred to as the “Fund”) is established— (a) from which shall be paid such outgoings as are directed by this Act to be paid out of the Fund; Teks Bahasa Melayu 23. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Institut Koperasi Malaysia (kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”) ditubuhkan— (a) yang daripadanya hendaklah dibayar apa-apa belanja pasti sebagaimana yang diarahkan oleh Akta ini supaya dibayar daripada Kumpulan Wang; | Padanan bahasa Melayu bagi "outgoings" dalam konteks ayat tersebut ialah belanja pasti atau bayaran pasti. | Lain-lain | 22.10.2021 |
Salam sejahtera, I hv made payment on 5 Feb for dafter iklan but in Sah Dewan Bahasa, it stated that the payment has not been make. At the same time, the RM30 has deducted from my M2U. ( No permohonan 8891/2020, tajuk: Pizza Hut ) Today, 7 Feb, i made another payment and it is success. Conclusion is, i have paid total RM60 for 1 submission. Can please call me? Kindly call me if need further clarification. 019 6000546. | Mohon e-melkan resit pembayaran kepada kewangan@dbpsahbahasa.my supaya pihak kami dapat menyemak pembayaran yang telah dibuat. | Lain-lain | 07.02.2020 |
Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti yang berikut ke dalam bahasa Melayu. i. field; ii. promotion; dan iii. body politic or body corporate. Perkataan-perkataan di atas digunakan dalam peruntukan di bawah seksyen 5, 12 dan 13 Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] seperti di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; … Application of income and property 12. (1) The income and property of the Corporation, whencesoever derived, shall be applied solely towards the promotion of the objects of the Corporation as set out in this Act, and no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly by way of dividend, bonus or otherwise howsoever by way of profit to the members of the Corporation: (bersambung) | Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |