| salam sejahtera Tuan, Apakah perkataan bahasa Melayu bagi "paint roller"? Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "paint roller' tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "roller" yang padanan bahasa Melayunya ialah penggelek. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "paint roller" ialah penggelek cat. | Istilah | 08.02.2013 |
| selamat sejahtera, soalan saya: apakah padanan frasa yang sesuai untuk "body & paint" dalam konteks perkhidmatan membaiki badan dan mengecat kereta. Adakah boleh dikatakan "badan & cat kereta" atau ada frasa lebih tepat? Terima kasih. | Padanan terjemahan yang sesuai dengan “body & paint” ialah “khidmat baik pulih badan kenderaan dan mengecat” mengikut konteks dan konsep yang mahu diketengahkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.09.2024 |
| Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk Body & Paint Centre. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Pusat Baik Pulih Badan Kenderaan dan Cat PERODUA 2. Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Penyemburan Cat PERODUA | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat | Lain-lain | 16.07.2014 |
| Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasih | Padanan 1 dan 2 sesuai. 3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya 4. Pusat Servis Perodua 1 Klang 5. Pusat Servis Perodua 2 Klang | Lain-lain | 24.11.2015 |