PEMBORONG BARANGAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PERALATAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PAIP AIR | PEMBORONG PAIP AIR | Lain-lain | 18.01.2011 |
"Kak Alia tentu dah penat. Biar saya tolong," ujar Molly lalu mengambil getah paip dari tangan Alia. Tuan, soalan saya ialah getah paip atau paip getah? | Frasa yang betul ialah paip getah. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Salam, bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih! | Pecahan suku kata yang betul ialah: 1. [paip] 2. [se.luar] 3. [se.0.rang] 4. [be.ra.da] / [ber.a.da] 5. [ke.a.da.an] 6. [mem.pu.nya.i] | Tokoh | 24.05.2012 |
Salam, Bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih! | Pecahan suku kata yang betul ialah pa.ip; se.lu.ar; se.o.rang; ber.a.da; ke.a.da.an; dan mem.pu.nya.i. Pecahan ini berdasarkan kaedah pemenggalan suku kata ejaan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
adakah ayat ini betul? paip ditutup dengan erat-erat atau paip ditutup dengan ketat-ketat? terima kasih.. | Ayat yang betul ialah paip ditutup dengan dengan ketat. | Tatabahasa | 03.04.2010 |
PIPES | PAIP | Istilah | 03.03.2011 |
Salam sejahtera. Bolehkah tuan memberikan penerangan bagi soalan-soalan yang berikut: a. Asap itu keluar dari /daripada paip ekzos. b. Asap dari /daripada paip ekso itu mencemarkan udara. c. Dia mengambil air dari / daripada sungai. d. Air dari/ daripada sungai itu berkuman. e. Pelajar itu datang dari / daripada Universiti Malaya. Sekian terima kasih. | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman cikgu kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 270. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
1. Ahli bomba memadamkan api dengan air. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan hos. 3. Ahli bomba memadamkan api dengan saluran paip air. Adakah penggunaan "hos" dan "saluran paip air" boleh digunakan untuk ayat di atas. Mengikut kamus, hos bererti tiub untuk mengalirkan air dari paipnya. Adakah saluran yang digunakan oleh ahli bomba untuk memadamkan api ialah hos? | Tiub merujuk tiub yang dibuat daripada getah dan sebagainya untuk menyalurkan cecair atau gas; manakala saluran ialah sesuatu (seperti paip) yang digunakan untuk mengalirkan benda-benda cair. Merujuk maksud perkataan hos dan saluran tersebut ketiga-tiga contoh ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
1. Tiap-tiap petang, abang mengambil upah memotong rumput.Betulkah struktur ayat ini? 2. Ahli bomba memadamkan api dengan paip air. Atau Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani kebiasan di negara ini.Betulkah penggunaan imbuhan kebiasan dalam ayat ini ? 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembang perutnya.Apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kembang? | Ayat sdr yang telah disemak dan disahkan penggunaan bahasa Melayu betul adalah seperti yang berikut: 1. Tiap-tiap petang abang mengambil upah memotong rumput. atau: Abang mengambil upah memotong rumput pada setiap petang. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan air paip. 3. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh petani yang miskin di negara ini. (Nota: Kata "kebiasaan" membawa makna hal yang biasa dilakukan oleh seseorang. Oleh itu, kata kebiasaan ini tidak merujuk taraf petani tersebut. Justeru, frasa yang tepat ialah petani yang miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk membeli peralatan moden seperti jentera untuk bertani.) 4. Mayat yang dijumpai terapung di tasik itu kembung perutnya. (Nota: kata kembung menunjukkan perut mayat tersebut membesar akibat dimasuki air dan udara, manakala kata kembang merujuk keadaan sesuatu benda yang terbuka atau terbentang luas. Misalnya, bunga yang telah kembang itu terbuka luas. Begitu juga kata kembang merujuk perasaan seseorang. Contohnya, hidungnya kembang apabila dipuji oleh ketuanya ). | Tatabahasa | 09.04.2009 |
asap (dari,daripada)paip ekzos. | 'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah asap daripada paip ekzos. | Tatabahasa | 14.02.2011 |