Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pair] | ڤاءير

Definisi : 1. peronda atau penjaga keamanan di laut: dialah yg menjadi suluh dan ~; 2. = perahu ~ perahu yg meronda di laut (utk menjaga keamanan; berpair-pair belayar pulang balik (utk men­jaga keamanan di laut); memair meronda dgn perahu (di laut): maka titah Raja, “Kapitanlah kita suruh pair di laut”; memairi merondai atau mengawali (laut) dgn perahu (kapal); pemair 1. perahu (kapal) pair, kapal peron­da; 2. kapal penjajah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pair] | ڤاءير

Definisi : Id; ~ jantung gerakan jantung yg tidak betul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pair


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin oihak tuan berikan cadangan perkataan terjemahan ayat berikut: Adjacency PairIstilah adjacency pair masih belum ada dalam data kami lagi. Cadangan daripada pihak kami ialah maksud adjacency dalam bidang komunikasi ialah bermaksud celahan, manakala dalam bidang komunikasi massa ialah perdampingan. Istilah yang sesuai bagi Adjacency Pair ialah Pasangan Celahan atau Pasangan Perdampingan mengikut konteks ayat yang bersesuaian. Jika tuan/puan inginkan penjelasan yang lebih terperincin, tuan/puan boleh memberikan contoh ayat dan dalam bidang apa yang digunakan bagi istilah ini.
Sekian terima kasih
Makna10.07.2017
Salam sejahtera ! Mohon tistilah bahasa Melayu bagi perkataan berikut yang sering digunakan dalam pembelajaran abad ke-21 1. Round table 2.Think-pair-share 3.hot seat 4.role-play 5.gallery walk 6. three stray, one stay Trima kasih.

Padanan bagi istilah berkenaan adalah sepeti yang berikut:
1. round table =  meja bulat

2. think-pair-share  =  fikir-pasang-kongsi

3. hot seat  =  kerusi panas

4. role-play  =  main peranan
5. gallery walk  =  jalan galeri
6. three stray, one stay  =  satu tetap tiga lilau

Istilah27.12.2017
Nenek menadah _____ di dalam sebuah tempayan. A. Air hujan B. Air pair Adakah kedua-dua jawapan tersebut diterima? Terima kasihJawapan yang betul ialah A. air hujan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menadah bermaksud "menyambut apa-apa yang gugur atau jatuh". Air hujan ialah air yang turun atau gugur (menitik dengan banyaknya).Makna13.01.2014
Encik, Adakah penggunaan 'duo' wujud dalam bahasa Malaysia? Contoh: 'duobahasa' dan 'duokurikulum'. Terima kasih.Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan perkataan duo diterjemahkan sebagai  pasangan(pair) dalam bahasa Melayu.  Bagi perkataan duobahasa dan duokurikulum perkataan yang betul ialah dwibahasa dan dwikurikulum yang bermaksud dua bahasa dan dua kurikulum. Padanan bahasa Inggerisnya ialah bi-.Tatabahasa07.03.2009
apakah contoh bahasa rojak yang sering kala digunakan oleh remaja kini?Sdr, yang dimaksudkan bahasa rojak itu ialah bahasa yang digunakan bercampur-campur contohnya ' you know semalam i baru je beli one pair of shoe cantikkan?Tatabahasa31.07.2007

Kembali ke atas