salam, saya bertanya berkenaa tanda slash (/). Dalam ayat bahasa melayu, perlukan ada space selepas tanda slash ini? cthnya: ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/sewa/pajak/pinjam atau yang diterima ... ATAU ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/ sewa/ pajak/ pinjam atau yang diterima ... Sekian, terima kasih | Dalam penerbitan, selepas tanda / , tiada jarak dan dieja rapat seperti "dibeli/sewa/pajak/pinjam". | Tatabahasa | 22.10.2013 |
mencari maksud dan difinisi untuk perkataan sewa,pajak, dan beli | Sewa:- 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; Pajak:- 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) 1 8 cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang; Beli:- = membeli 1. memperoleh barang dgn mem bayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); | Makna | 21.04.2009 |
Tuan, apakah perbedaan antara "kenderaan" dengan "kendaraan"? Dikatakanlah bahawa "kenderaan" ejaan baku bahasa Melayu; "kendaraan" pula ejaan baku bahasa Indonesia. Jika dibandingkan kedua-dua kata itu daripada segi etimologi, yang manakah ejaan yang lebih baku? | Salam sejahtera, Tuan, Perkataan kenderaan bermaksud enaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Tetapi, untuk makluman, perkataan "kendaraan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh diigunakan. Jadi, perkataan yang boleh digunakan ialah perkataan kenderaan. Sekian, terima kasih. | Makna | 15.06.2017 |
Assalamualaikum. Sy ingin bertanya. Adakah perlu jarak selepas tanda baring miring (/) atau slash? Contohnya, tuan/ puan atau tuan/puan? | Selepas dan sebelum tanda '/', tiada jarak dan dieja rapat seperti "dibeli/sewa/pajak/pinjam", "tuan/puan". | Lain-lain | 06.09.2018 |
maksud istilah bagi 'tanah kekal' , 'tanah pajakan' , 'tanah bebas' dan 'tanah pajakan 99 tahun pemberian kerajaan' . | Menurut istilah terdapat dua jenis status tanah sahaja iaitu freehold -pegangan kekal (tanah yang menjadi milik kekal), dan leasehold - pegangan pajak(tanah yang akan diambil semula selepas 99 tahun). Yang dimaksudkan sdr. tanah kekal dan tanah bebas merujuk 'freehold' dan tanah pajakan dan 99 tahun pemberian kerajaan merujuk 'leasehold'. Walau bagaimanapun istilah yang terbaharu dan tepat ( dalam bahasa Melayu) ialah seperti yang di atas. | Makna | 10.05.2007 |
Assalamualaikum PRPM DBP.. nama saya asiah yg sedang buat master berkaitan ar-rahnu saya nak mohon sedikit pandangan tuan yang bijaksana berkaitan kaedah penggunaan ar-rahnu yang betul dalam ayat misalnya : kajian ini dilakukan berlandaskan tiga permasalahan utama berkaitan strategi pengurusan dan tadbir urus penyedia perkhidmatan ar-rahnu di Malaysia. adakah penggunaan terma ar rahnu ditengah-tengah ayat tepat sebagaimana di atas iaitu ar-rahnu ataupun lebih tepat Ar-Rahnu ataupun lebih tepat ar-Rahnu mohon jasa baik pihak PRPM untuk memberikan maklum balas segera pada persoalan saya di atas jazakumullahu khairan jaza | Perkataan al-rahnu ialah kata nama umum, iaitu prinsip syariah yang digunakan dalam perkhidmatan pajak gadai Islam. Sekiranya digunakan di tengah-tengah ayat, boleh dieja "ar-rahnu" | Ejaan | 04.04.2017 |