Saya ingin merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia tahun dua KSSR,tema 1 dan 2-mak usu,pak usu,pak ngah dan pak long ditulis dengan huruf besar.Terima kasih jikaada tindakan segera. | Salam. 1. Penggunaan huruf besar bagi mak usu, pak usu, pak ngah dan pak long kerana merujuk terus kepada watak khusus dalam gambar, tema dan unit berkenaan. 2. Kandungan buku ini telah dirujuk kepada pakar bahasa seperti yang terdapat pada halaman penghargaan buku berkenaan. Terima kasih. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Pilih ayat yang sama maksud: "Apa kata pada hujung minggu ini kita pergi memancing ke Tanjung Leman," ujar Pak Din kepada Pak Salleh. A. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada minggu itu. B. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada hujung minggu nanti. Yang manakah betul, jawapan A atau B? Terima kasih. | Encik Yeoh, Ayat yang sama maksud ialah ayat B. | Lain-lain | 11.10.2010 |
Yang manakah betul ? (a) Anak-anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (b) Anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (c) Anak-anak Pak Abu cantik. (d) Anak-anak Pak Abu cantik belaka. (e) Anak Pak Abu cantik belaka. | Ayat yang betul ialah ayat (b), (c), (d) | Tatabahasa | 05.03.2010 |
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih. | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah ; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Tatabahasa | 28.10.2012 |
Tuan, _________ Farhan sudah hampir 10 tahun bersara dalam bidang perguruan. A. Pak cik B. Pak Cik C. Pakcik D. pak cik Yang manakah jawapan betul ? | Jawapan yang betul ialah B. Pak Cik Farhan | Ejaan | 16.03.2013 |
1) Pakcik Ali ATAU Pak cik Ali 2) pakcik ATAU pak cik? 3) pakciknya ATAU pak ciknya? salam, mohon bantuan untuk menentukan penggunaan perkataan yang tepat. terima kasih. | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya manakala kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. oleh yang demikian jawapan yang betul ialah: 1. Pak Cik Ali 2. pak cik 3. pak ciknya | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Anak-anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak-anak Pak Ali pandai belaka. Ayat manakah yang betul dalam penggunaan kata ganda? Sila jelaskan. Terima Kasih, tuan | Anak-anak Pak Ali pandai belaka, gandaan sebagai penanda jamak iaitu menandakan jumlah yang banyak. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Ayah memberi wang kepada pak long. soalan: adakah frasa kata "pak long" kata nama khas. | Panggilan 'pak long' ialah kata nama am, kecuali apabila ditambah nama panggilan itu menjadi kata nama khas seperti 'Pak Long Ahmad'. | Tatabahasa | 29.03.2011 |
apakah sumbangan pak sako dalam bidang penulisan dan politik? | Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad ialah seorang pejuang nasionalis dan sasterawan. Pak Sako mempunyai tempat yang penting dalam sejarah kebangsaan dan kesusasteraan tanah air. Untuk merujuk tentang beliau sila dapatkan buku 'Memoir Pak Sako: Putera Gunung Tahan terbitan UKM atau buku 'Wajah' terbitan DBP. Selain itu banyak lagi buku yang mengisahkan tentang perjalanan perjuang bangsa ini yang boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.09.2009 |
Pak Cik Salleh atau Pak cik Salleh? | Frasa yang betul ialah Pak Cik Salleh... | Ejaan | 25.07.2013 |