Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : panggilan kpd bapa saudara yg sulung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pak long


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayah memberi wang kepada pak long. soalan: adakah frasa kata "pak long" kata nama khas.

Panggilan 'pak long' ialah kata nama am, kecuali apabila ditambah nama panggilan itu menjadi kata nama khas seperti 'Pak Long Ahmad'.

Tatabahasa29.03.2011
Itu pak long saya. soalan: boleh tolong jelaskan, adakah "pak long" itu merupakan kata nama khas? terima kasih.

Panggilan 'pak long' adalah kata nama am.

Tatabahasa31.03.2011
Salam sejahtera. Panggilan keluarga seperti Along, Angah, Pak Long dan Mak Su dikategorikan sebagai frasa nama khas atau frasa nama am? Adakah huruf pertama bagi panggilan-panggilan tersebut perlu ditulis dengan huruf besar? (Contoh: Pak Long, Mak Su) Saya agak keliru kerana terdapat data dalam PRPM yang menggunakan huruf besar serta huruf kecil bagi merujuk panggilan yang sama. (Contoh: mak su, Mak Su) Mohon pencerahan. Terimas kasih.Panggilan keluarga seperti along, angah, pak long dan mak su dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis huruf kecil di tengah ayat dan huruf besar pada permulaan ayat (Along, Angah, Pak long, Mak su). Walau bagaimanapun, panggilan tersebut menjadi kata nama khas apabila bergabung dengan nama individu. Contohnya, Along Ayuni, Angah Athirah, Pak Long Awang dan Mak Su Hamuni.Lain-lain28.06.2019
Saya ingin merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia tahun dua KSSR,tema 1 dan 2-mak usu,pak usu,pak ngah dan pak long ditulis dengan huruf besar.Terima kasih jikaada tindakan segera.Salam.
1. Penggunaan huruf besar bagi mak usu, pak usu, pak ngah dan pak long kerana merujuk terus kepada watak khusus dalam gambar, tema dan unit berkenaan.
2. Kandungan buku ini telah dirujuk kepada pakar bahasa seperti yang terdapat pada halaman penghargaan buku berkenaan.

Terima kasih.
Lain-lain14.01.2013
Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah? 1) Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung yang tersusun itu. 2) Pak Long masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut.(SESUAIKAH PERKATAAN TEGUH DIGUNAKAN DALAM AYAT INI?) Mohon penjelasan daripada pihak tuan sekiranya ada kesalahan dari segi frasa atau penggunaan perkataan1) Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung yang tersusun itu.

Kesalahan
banyak rakan-rakan - frasa ini telah lewah. rakan-rakan telah menunjukkan banyak. Tidak perlu banyak rakan-rakan. Memadai rakan-rakan.

 2) Pak Long masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut.
teguh- kurang sesuai dalam konteks ayat di atas. Perkataan yang paling tepat ialah kuat.
Tatabahasa17.08.2012
mak usu,mak ngah,pak long adakah tergolong dalam kata nama am atau khas?
Kamus Dewan, Edisi Keempat, halaman 980: mak bongsu, iaitu mak cu, mak su dan mak usu dieja dengan huruf kecil.
mak usu, mak long ialah kata nama am, tetapi menjadi kata nama khas apabila ada nama khusus digandingkan bersama seperti Mak Su Limah dan Mak Long Siti.
Tatabahasa10.01.2013
Apakah perbezaan di antara "bertanyakan" dengan "menanyakan"?Bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya".Makna07.06.2013
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYAUntuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long.Lain-lain10.12.2010
Apakah perkataan dalam bahasa inggeris untuk menggantikan perkataan aunty, uncle. sebagai contoh : sibling - adik beradik seibu sebapa parents - ibu bapa terima kasihAunty dan uncle merujuk ibu saudara dan bapa saudara, lazimnya dalam bahasa Melayu disebut mak cik dan pakcik dan ada juga mengikut panggilan seperti mak long dan pak long.Istilah13.04.2015
Lelaki itu menanyakan beg yang dibawa oleh Banduan atau Lelaki itu bertanyakan beg yang dibawa oleh Banduan.Bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya".

Ayat yang betul: Lelaki itu menanyakan beg yang dibawa oleh Banduan 
Tatabahasa06.09.2018
12

Kembali ke atas