Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kah] | ڤاکه

Definisi : Kl pangkah (guli). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kah] | ڤاکه

Definisi : Br barangkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kah] | ڤاکه

Definisi : Kl, Tr disengat (tebuan, lebah, dll): kepala orang itu bengkak kena ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pakah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pakah ayat yang bersesuaian bagi menggantikan ayat dalam bahasa inggeris seperti berikut ? 1. PEOPLE BUSINESS PARTNER & ORGANISATION DEVELOPMENT 2. PEOPLE PARTNER Kedua dua ayat ini digunakan dalam panggilan jabatan dan ianya memerlukan dialihbahasa ke Bahasa Malaysia. Terima kasih.Jika ingin mendapatkan terjemahan yang lebih tepat, mohon berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat. Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan:
1. PEOPLE BUSINESS PARTNER & ORGANISATION DEVELOPMENT - PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN RAKAN KONGSI PERNIAGAAN
2. PEOPLE PARTNER - RAKAN KONGSI ANDA
Makna14.09.2022
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tqBerdasarkan kata kunci  'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'.Lain-lain28.02.2012
pakah takrifan sebenar bagi laman - laman blog masa kini? Perkataan 'ampuh',apakah maksudnya dan bila boleh digunakan?Istilah blog diterima. Makna perkataan ampuh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah bertuah, mujarab, sakti. Makna laiinya ialah bah, banjir, lembak. Terima kasih.Lain-lain18.04.2008
pakah yang dimaksudkan dengan implikasi dan apakah peranti perangkap dan daripada manakh asalnya bahasa melayu baku.Implikasi ialah kesan (kemungkinan dan sebagainya) yang terbit atau dapat ditakrifkan daripada sesuatu. Sila nyatakan konteks penggunaan peranti perangkap untuk dilihat maknanya. Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa Melayu standard dan perkataan baku bermaksud sesuatu yang sudah diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll.) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsbg. yang lain.Makna14.10.2007
seribu alasanmu menjadi tegar.soalanya,pakah ayat tersebut betul dan di boleh guna sebagai stau ayat

Encik Zaini,

Ayat tersebut betul bergantung pada konteks penggunaannya.

Tatabahasa24.06.2010
apakah perkataan bahasa Melayu bagi 'online'? Terima kasih

 

Salam Sejahtera Muszalina Fatimah Binti Mohamed Shaffee,

Soalan : Apakah perkataan bahasa Melayu bagi 'online'?

Jawapan : Perkataan bahasa Melayu bagi 'online' ialah 'dalam talian'.

Selain itu juga, puan boleh membuat rujukan kamus tersebut dengan menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yang menjalankan tugas,

Abdul Razak Mohammad

Lain-lain30.06.2009
Dalam pengurusan akademik di sekolah, terdapat istilah Headcount, Take Off Value (TOV), Expected Target Result (ETR), Operational Target Increment (OTI) dan Actual Result (AR) seperti penerangan di pautan berikut: https://skrajabahar.wordpress.com/2017/11/12/penting-sangat-ke-tov-etr-dan-oti-tu/ Soalan saya, pakah istilah bahasa melayu paling tepat untuk menggantikan istilah istilah berikut 1. Headcount 2. Take Off Value 3. Expected Target Result 4. Operational Target Increment 5. Actual ResultKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. Headcount : kiraan kepala 

2. Take Off Value : nilai pengasingan

3. Expected Target Result : keputusan/hasil sasaran jangkaan

4. Operational Target Increment : kenaikan sasaran operasi

5. Actual Result : keputusan/hasil sebenar

Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. 
Istilah21.02.2021

Kembali ke atas