Salam, Adakah terjemahan bahasa Melayu bagi State of Palestine (berdasarkan nama rasmi dalam PBB dan ISO 3166) masih dikekalkan sebagai Palestin atau diubah menjadi Negara Palestin sebagai penggunaan rasmi di Malaysia? Terima kasih. | Terjemahan bagi State of Palestine ialah negara Palestin. Walau bagaimanapun, dalam wacana bahasa Melayu negara Palestin dan Palestin, kedua-duanya digunakan. | Istilah | 02.03.2023 |
MOHON DBP ambil tindakan dan siasat satu keratan akhbar bertarikh 12 Mei 2021, tentang Gaza di bedil, di dalam perenggan terakhir editor telah mengeluarkan kenyataan berhubung penduduk Palestin adalah penunjuk perasaan semasa Israel menghalau rakyat Palestin dari kediaman sendiri,. Ayat itu tidak sesuai di gunakan ibaratkan macam menyokong tindakan rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Kerana rakyat berkenaan hanya mempertahankan hak dan agama Islam serta tempat masjid ke 3 suci , mohon DBP siasat dan minta sinar harian buat permohonan maaf terbuka dan menarik balik keratan tersebut. Ini adalah sensitif agama , bangsa dan saudara Islam. | Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan. Sekiranya ada maklumat lain, pihak tuan juga boleh mengemukakan aduan terus kepada Editor Sinar Harian untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 12.05.2021 |
Apa maksud: Dari sungai ke senggara, Palestin pasti merdeka. | “Dari sungai ke segara” merupakan slogan Arab yang bermaksud “dari sungai ke lautan”. Slogan ini menggunakan perkataan “segara” yang merujuk kepada “laut/lautan” dan bukannya “senggara” yang maknanya “mengurus/mengendalikan”. Maksud umum slogan ini ialah “sempadan wilayah”. Slogan “Palestin pasti merdeka” bermaksud “keyakinan Palestin akan merdeka pada suatu hari nanti”. Walau bagaimanapun, penggunaan slogan ini perlulah bersesuaian dengan konteks penggunaannya dalam ayat. Untuk makluman puan, DBP menyediakan pangkalan data Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) dengan pautan http://kndbp.dbp.gov.my bagi menjawab pertanyaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu, sastera Melayu, penerbitan DBP dan umum tentang DBP. | Lain-lain | 23.07.2024 |
Apakah makna Intifada? | Intifadah (perkataan Arab) bermaksud kebangkitan penduduk Palestin untuk menentang orang Israel yang menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yang bermula pada tahun 1987. | Makna | 28.07.2006 |
Penggunaan ritma pantun yang kurang tepat, semasa penutup kata pada setiap kali Berita RTM. "Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka". Ritma di penghujung 'ra' dan 'ka', agak pelik. Mohon pencerahan. | Untuk makluman, rima ialah bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris puisi (pantun). Rima akhir pula ialah rima pada setiap baris sesebuah puisi seperti rima dalam pantun empat kerat, iaitu a,b; a, b. Untuk rima akhir perkataan "segara" dan "merdeka", iaitu "ra" dan "ka" merupakan rima yang dikenali sebagai rima yang tidak sempurna tetapi diterima kerana bunyinya hampir sama apabila didengar. | Sastera | 27.02.2024 |
adakah betul perkataan 'memperdamaikan'? adakah damai kata nama atau adjektif? | Perkataan memperdamaikan boleh digunakan yang bermaksud membaikkan semula dua pihak yang bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dan lain-lain) atau menjadikan berdamai. Contoh ayat, Dia mencuba memperdamaikan orang-orang Israel dengan orang-orang Palestin. | Tatabahasa | 16.08.2010 |
Manakah jawapannya I Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada bermasalah disiplin di sekolah. II Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah menyesal sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. III Program Nilam dianjurkan bertujuan untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. IV Para pemimpin Palestin bersetuju untuk berbincang di meja perundingan sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV | Hanya ayat no. 4 sahaja yang betul. Ayat yang betul ialah i. Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada masalah disiplin di sekolah. ii. Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah kesal akan sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. iii. Program Nilam dianjurkan bertujuan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid di sekolah. | Lain-lain | 19.08.2010 |
mksud kegawatan ekonomi. Punca, kesan dan cara mengatasi masalah kegawatan ekonomi. | Saudara, Perkataan gawat bermakna berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu; menggawatkan : menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~; kegawatan : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. Untuk mengetahui punca, kesan dan cara mengatasinya, saudara perlulah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara tentang isu ini. | Lain-lain | 10.11.2009 |
Assalamualaikum Ejaan sebenar tanah suci/tanah haram atau Tanah Suci/Tanah Haram? Dalam kamus dewan edisi keempat sendiri terdapat 2 versi ini. Penggunaan huruf kecil "tanah suci" pada entri manakala dalam contoh ayat yang dikemukakan digunakan huruf besar "Tanah Suci/Tanah Haram. Antara kedua-duanya, yang manakah LEBIH TEPAT? Terima kasih. | 1. Frasa "tanah suci" dan "tanah haram" ialah kata nama umum dan dieja dengan huruf kecil. Dari segi semantik, boleh jadi di mana-mana sahaja tempatnya, mengikut kepercayaan agama masing-masing. 2. Frasa tersebut menjadi kata nama khas apabila merujuk satu tempat yang tertentu seperti Mekah/Makkah, Palestin dan sebagainya. Apabila kata tersebut menjadi kata nama khas maka ejaannya berhuruf besar pada huruf pertama kata tersebut (seperti ini; Mereka menunaikan ibadah haji di Tanah Suci). Sila rujuk kamus DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 27.05.2024 |