macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaik | Paling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih. | Lain-lain | 21.11.2006 |
bagaimanakah menggunakan perkataan 'afdal'? pelajar sering menulis perkataan ini dalam setiap perenggan pertama. Misalnya, langkah yang paling afdal, idea yang paling afdal. Adakah perkataan ini sesuai untuk di perenggan pertama? hal ini disebabkan afdal itu bermakna paling penting. Pelajar sering menggunakan perkataan ini. Ada guru tidak setuju penggunaan perkataan ini kerana perkataan ini untuk laras agama. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan afdal bermaksud lebih utama; terutama. Dalam ayat yang dikemukakan penggunaan perkataan afdal kurang sesuai. Perkataan afdal biasanya lebih sesuai dalam ayat laras agama. | Tatabahasa | 07.05.2008 |
saya ingin mengetahui bagaimanakah yang dimaksudkan dengan karya sastera yang bagus?harap dapat memberi serba sedikit panduan | Karya sastera yang bagus adalah karya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Selain itu karya tersebut perlulah mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan paling penting adalah karya yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi untuk menjadi pedoman dan impak akhir yang berkesan kepada pembaca. Terima kasih. | Lain-lain | 25.12.2006 |
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal. Manakala bagi soalan: 2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi. | Makna | 26.02.2009 |
saya ingin bertanya: 1.bagaimana pembentukan kata kerja sisipan berlaku,adakah dibina daripada kata dasar contoh:semerbak apakah kata dasarnya dan mengapa bila disisipkan menjadi bersemerbak,apakah huruf yang disisipkan.minta penjelasan 2.Boleh pihak tuan memberikan tip penting untuk membina karangan | Sisipan wujud dalam kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Contoh yang saudara beri -semerbak merupakan bentuk sisipan kata adjektif. kata asalnya serbak - sisipan em di situ menjadi - semerbak. Untuk membina karangan paling penting saudara perlua mengetahui format dan menguasai tajuk yang bakal ditulis. sila rujuk buku-buku yang berkaitan dengan penulisan karangan untuk maklumat lanjut.
| Tatabahasa | 24.07.2008 |
Apakah kata ganda untuk 'kaki lima'? Adakah penggunaan 'terpenting' dalam ayat berikut salah? Mengapa? Pemakanan merupakan faktor terpenting untuk menjaga kesihatan seseorang. Adakah penggunaan 'pergaduhan' dalam ayat berikut salah? Pasangan suami isteri itu reda dengan pergaduhan itu. Adakah penggunaan 'berduaan' salah dalam ayat berikut? Duduk berduaan di tempat sunyi merupakan satu kesalahan bagi pasangan yang belum berkahwin. | Kata ganda bagi kaki lima ialah kaki-kaki lima. Penggunaan "terpenting" dalam ayat tersebut betul kerana ia menunjukkan yang paling penting. Pergunaan perkataan "pergaduhan" juga betul kerana ia juga membawa maksud "perkelahian". Dalam ayat seterusnya, perkataan "berduaan" boleh digunakan kerana ia bermaksud berdua sahaja atau cuma berdua. Selain itu "berdua-duaan" juga boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.07.2009 |
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara. | Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih. | Lain-lain | 08.08.2008 |
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan/Puan Saya sering terkeliru dengan penggunaan perkataan 'Untuk' dan 'Bagi' di dalam ayat. Sekiranya tidak keberatan, saya berharap pihak Tuan/Puan dapat memberikan perbezaan dan apakah penggunaan yang sesuai untuk kedua-dua perkataan ini. Terima Kasih | Encik Khairul, Dalam pembentukan ayat, kata bagi dan untuk adalah serupa penggunaannya. Kedua-dua kata ini digunakan adalah untuk menunjukkan hubungan antara penerima dengan bahagian ayat yang lain. Penerima yang dimaksudkan mungkin manusia, haiwan atau benda. Misalnya; Bagi 1. Pelajaran itu mudah bagi kami kerana guru memberikan penerangan yang jelas. 2. Pelajar-pelajar mengadakan pementasan khas bagi sambutan Hari Guru pada tahun ini. 3. Bagi Fauzi, ibunyalah orang yang paling penting dalam hidupnya. Untuk 4. Dia membeli makanan yang baik-baik sahaja untuk kucing kesayangannya. 5. Kursus bahasa itu adalah untuk penutur bukan Melayu. 6. Dia membeli hadiah itu untuk ibunya. | Tatabahasa | 20.05.2009 |
Soalan: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberi. Ayat yang diberi : Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku seseorang individu. Pilihan jawapan : 1 - Sesebuah keluarga berperanan penting untuk membentuk tingkah laku anak-anak mereka. 2 - Tingkh laku dan sahsiah seseorang individu dapat dibentuk menerusi institusi kekeluargaan. | kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang telah diberi. | Tatabahasa | 28.08.2007 |
Jawapan mana yang paling tepat ? 1. Kakak mengambil ____________ kain untuk menampal baju adik yang koyak. ( secarik/ secebis ) 2. "_______________ kaki dan tangan sangat penting bagi memastikan sesuatu permainan badminton itu baik," kata Razif Sidek. ( Gerakan / Pergerakan / Penggerakan / Menggerakkan ) | 1. Yang paling sesuai dengan pilihan yang diberikan ialah 'secebis' kain. Namun yang paling sesuai dengan ayat ini ialah sepotong kain. 2. Pergerakan kaki dan tangan..... | Tatabahasa | 25.09.2008 |