Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain. | 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 30.04.2009 |
betul atau salah 1.dia murid yang paling tinggi di dalam kelasnya. 2.dia murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya | 1.dia murid yang paling tinggi di dalam kelasnya. - betul 2.dia murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. -Salah. Kata 'tertinggi' mendukung maksud darjah penghabisan dan tidak boleh diikuti dengan kata penguat 'sekali'
| Lain-lain | 20.06.2009 |
salam, yang betul? 1. Menar KLCC merupakan bangunan yang - tertinggi sekali atau paling tinggi sekali di Malaysia. | Kedua-duanya salah. Yang betul ialah paling tinggi atau teringgi. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
adakah frasa adj di bawah ini betul: sungguh putih sekali, sangat manis sungguh, paling tinggi sekali terima kasih | Amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh sekali. Frasa yang betul ialah "sungguh putih sekali" dan "paling tinggi sekali". | Tatabahasa | 30.08.2013 |
Penggunaan kata penguat paling; bolehkah ia digunakan dengan perkataan sekali. ch: Petronas towers adalah bangunan yang paling tinggi sekali di Malaysia. | Kata penguat paling tidak perlu lagi diikuti dgn kata kata penguat sekali, oleh itu memadai ayat tersebut; Menara Petronas merupakan bangunan yang paling tinggi di Malaysia. | Tatabahasa | 07.07.2008 |
saya ingin mengetahui definisi ayat keterangan serta ciri-ciri ayat keterangan. | Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya boleh dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan , serta mengandungi intonasi yang sempurna. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bahan yang diperlukan, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu bermula muka surat 492. Terima kasih. | Lain-lain | 28.02.2007 |
Selamat sejahtera,Apa khabar? Saya ingin bertanya ttg penggunaan kata adjektif yg betul. Tolong terangkan penggunaan 'paling 'yg betul dlm ayat. Adakah ayat -2 di bawah betul? 1. Bilal ialah budak yang paling tinggi sekali di dalam kelas 4M. 2. Bilal ialah budak yang paling tertinggi sekali di dalam kelas 4M. Bolehkah paling dan sekali dalam ayat? Ayat 2: 1) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk. 2) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk-gemuk belaka. Bolehkah perkataan belaka ditulis bersama perkataan tak berganda cth: gemuk belaka?Bgmanakah penggunaan belaka dalam ayat?TQ | Sdr. sowlili, perkataan paling telahpun menunjukkan darjah tertinggi dalam perbadingan sesuatu benda seperti contoh dalam ayat ini. Oleh itu paling tinggi sekali dianggap tidak gramatis. cukup jika ditulis paling tinggi sahaja.Manakala belaka semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): manusia di dlm hutan itu habis mati ~; ia bercakap sangat manis, pd hal hanya cakap dusta ~. | Tatabahasa | 05.12.2007 |
APAKAH MASA DEPAN PELAJAR SEPERTI SAYA YANG MENGAMBIL STPM UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU? | Sdr. boleh melanjutkan pelajaran sdr. ke peringkat paling tinggi dan seterusnya memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, fikiran dan kerjasama kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh mana-mana agensi atau badan awam mahupun swasta untuk terus memartabatkan bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. | Lain-lain | 19.04.2008 |
Saya mohon tanya, betul atau tidak penggunaan perkataan `sangat tersohor' atau hanya memadai menggunakan kata tersohor (sebab kata penguat `ter' merupakan darjah paling tinggi) | Frasa 'sangat tersohor' adalah betul kerana tersohor ialah kata adjektif (sohor - kata kerja, tersohor - kata adjektif) yang didahului oleh kata penguat sebelumnya sama seperti frasa sangat cantik. | Tatabahasa | 19.05.2011 |
contoh ayat :Pada hari sukan , tiga pemenang berdiri di atas ( ? ) . tempat yang mereka berdiri panggil apa ? pemenang pertama berdiri di tengah, yang paling tinggi itu. Terima kasih.. | Tidak ada istilah khusus yang merujuk tempat untuk acara penyampaian hadiah tersebut. Cadangan kami: pentas. | Istilah | 18.06.2010 |