Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.mé.ran] | ڤاميرن

Definisi : pertunjukan (hasil seni, buku, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.mé.ran] | ڤاميرن

Definisi : pertunjukan barang-barang utk dijual dll: ~ buku sedang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pamer
Kata Terbitan : mempamerkan, pameran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Ramadan, 1. Bahan-bahan yang terdapat di pameran itu antaranya ialah buku, majalah dan akhbar. 2. Bahan-bahan yang terdapat di pameran itu antaranya buku, majalah dan akhbar. 3. Antara bahan-bahan yang terdapat di pameran itu ialah buku, majalah dan akhbar.Ayat yang gramatis ialah "antara bahan yang terdapat di pameran itu ialah buku, majalah dan akhbar".Tatabahasa02.08.2013
contoh ayat : suatu pameran dan ceramah antidadah telah _____ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Mana satu jawapan yang betul : (a)diadakan (b) dianjurkan Apakah perbezaannya?Suatu pameran dan ceramah antidadah telah ____dianjurkan_ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai.
 

Perkatan yang lebih tepat ialah dianjurkan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah " Suatu pameran dan ceramah antidadah telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Flat Damai dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan.


Diadakan bermaksud dijadikan ada manakala dianjurkan bermaksud mengemukakan sesuatu.

Tatabahasa31.05.2013
apa perkataan yang betul untuk menggantikan 'Pameran Barang Elektrik dan Hiasan Kediaman'Frasa yang betul ialah PAMERAN BARANGAN ELEKTRIK DAN HIASAN KEDIAMAN.Tatabahasa30.11.2011
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelanconganMaksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.02.2007
Dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, rata-rata orang menyebut “booth pameran”. Sebutan ini tergolong dalam konsep sekerat ular, sekerat belut. Apakah ungkapan yang sesuai/tepat untuk “booth pameran”?Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "booth" ialah pondok, bilik, ruang, petak dan gerai. Oleh itu, dalam konteks Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, istilah yang sesuai ialah ruang atau petak.Istilah09.05.2012
Adakah betul binaan ayat di bawah? Ramai orang datang dari jauh dan dari dekat ke pameran itu dari semasa ke semasa.

Saudara Nuraskh,

Ayat yang betul ialah 'Ramai orang datang dari jauh dan dekat ke pameran itu dari semasa ke semasa.

Tatabahasa13.07.2009
Apakahperbezaan antara galeri, arkib dan muzium? Kalau sekolah hendak wujudkan bilik pameran untuk simpanan maklumat sekolah seperti majalah sekolah, piala, buku teks yang digunakan, bekas pengetua , guru dan lain-lain, itu adalah galeri kan? TerimakasihKamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan galeri sebagai bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah.

Arkib  pula ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah lama dan sebagainya yang dianggap penting. 2  tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama.

Manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, meme­lihara, mengkaji, atau mempamerkan objek­objek yang mempunyai nilai sejarah, seni, sain­tifik, dan sebagainya.

Berdasarkan keterangan saudara, galeri lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa30.04.2013
Salam Aidilfitri, 1. Ungkapan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA NEGARA KE-55 atau SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55? 2. Ayat: Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah. BETUL / SALAH 3. Ayat: Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi ATAU Pameran kapal-kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi. 4. Ayat: Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kurang pengunjung ATAU Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung. 5. Ayat: Pihak polis telah menemui ATAU menemukan mayat di tepi jalan raya itu. Terima kasih.1. Ungkapan yang betul ialah SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-55

2. Ayat "Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah." adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah "Pameran kapal terbang sedang berlangsung di Pulau Langkawi."

4. Ayat yang betul ialah "Pasar raya itu terpaksa ditutup kerana kekurangan pengunjung."

5. Kedua-duanya betul kerana menemui juga bermaksud menemukan, iaitu berjumpa dengan apa yang dicari.
Tatabahasa31.08.2012
Assalamualaikum, Apakah padanan istilah EXHIBIT dalam bahasa Melayu?. Terima kasih.

exhibit

  • n 1. thing exhibited, barang pameran: do not touch the ~s, jangan sentuh barang-barang pameran; 2. (leg.) barang kes;

Padanan ini adalah bergantung pada konteks dan bidang.

Makna25.12.2009
Salam, Kami di Seksyen Pembangunan Perniagaan & Pemasaran, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) mempunyai sebuah ruang pameran produk usahawan IKS yang diberi nama Galeri SDSI. Kini, kami ingin menukar nama galeri berkenaan kepada GALERI USAHAWAN atau GALERIA USAHAWAN. Mohon nasihat bagi penggunaan perkataan yang betul GALERI atau GALERIA. Sekian, terima kasih

Sdr. Zalazfian,

Dalam Kamus Dewan hanya terdapat perkataan galeri yang membawa makna bangunan atau bilik tempat mempamerkan sesuatu hasil dan tidak pula terdapat perkataan galeria. Jadi kami mencadangkan perkataan galeri digunakan. GALERI USAHAWAN 

Makna31.05.2010
123

Kembali ke atas