Adakah kosa kata "pan" sudah menjadi kosa kata bahasa Melayu? Contohnya Lebuh Raya Pan Borneo. Di Singapura misalnya, Pan Island Expressway (PIE) diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE). Adakah sepatutnya Lebuh Raya Pan Borneo diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Rentas Borneo? | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, perkataan pan ialah awalan asing yang membawa maksud seluruh atau segenap dan juga alat untuk menggoreng. Perkataan pan telah diterima pakai dalam bahasa Melayu seperti dalam pan-Afrika dan pan-Asia. Jika mengikut padanan maksud ayat, Lebuh Raya Pan Borneo diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Seluruh Borneo. Walau bagaimanpun, perkataan tersebut telah didaftarkan/ digazetkan. | Istilah | 29.03.2018 |
Pan- Asian atau pan- asian? Ejaan yg betul ialah? | Ejaan yang betul ialah pan-Asia. | Tatabahasa | 01.10.2013 |
Apakah terjemahan sesuai bagi 'pun intended' ke dalam bahasa Melayu? | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi "pun" ialah pan. Pan bermaksud permainan kata-kata berdasarkan persamaan dari segi bunyi antara dua perkataan yang berlainan makna yang digunakan dalam bidang sastera dan linguistik. Cadangan kami bagi terjemahan tersebut ialah pan bermaksud.
| Makna | 28.06.2018 |
Mohon bertanya, jikalau deep-fry adalah goreng celur, dan stir-fry pula goreng kilas, apakah pula istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk pan-fry? Sekian, terima kasih | Tiada maklumat pan fry dalam pangkalan data kami. Adakah pan fry juga merujuk kaedah memasak atau kuantiti yang dimasak menggunakan peralatan tersebut. Jika kaedah memasak, terangkan kepada kami kaedah pan fry tersebut, | Istilah | 17.09.2017 |
Terima kasih atas maklumbalas kepada soalan terawal. Pan fry adalah kaedah memasak tanpa menggunakan minyak, sebagai contoh ikan salmon akan dipan fry sebab kandungan minyaknya tinggi, dan ia akan masak dengan minyak sendiri. Sekian, terima kasih. | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah pan frying yang dipadankan sebagai goreng tohor dalam bahasa Melayu. Goreng tohor dihuraikan sebagai kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit. Sila rujuk Pan+frying&d=129316&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Pan+frying&d=129316&#LIHATSINI | Penyemakan dan penterjemahan | 24.09.2017 |
Bagaimanakah cara menyebut bagi perkataan santapan? adakah san-ta-pan atau san-tap-an? | Puan Isme Azura, Cara sebutan perkataan tersebut ialah san.ta.pan. | Tatabahasa | 19.04.2010 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang sesuai bagi "bucket balance" dan "pan balance"? Kedua-duanya ialah jenis penimbang berat, yang digunakan dalam bidang matematik. Terima kasih. | Dalam data kami, pan balance diberikan padanan 'ceper neraca', manakala bucket balance tiada dalam data. namun dalam istilah matematik, bucket ialah ' bakul'. berdasarkan itu, kami mencadangkan padanan 'bakul neraca' untuk istilah bucket balance.
| Penyemakan dan penterjemahan | 17.06.2014 |
Bagaimanakah pemenggalan suku kata untuk perkataan 'sarapan'? Adakah menjadi sa-ra-pan atau sa-rap-an? Ini kerana sarapan mempunyai kata dasar sarap tetapi telah menjadi kata terbitan. Jadi bolehkan ia dipenggal menjadi sa-rap-an | Pemenggalan yang betul bagi kata 'sarapan' ialah [sa.ra.pan] bukan [sa.rap.an] walaupun berasal daripada kata 'sarap'. | Lain-lain | 09.01.2009 |
"Peter Pan yang tidak tahu apa / apakah itu ciuman..." Adakah perkataan "apa" dalam ayat di atas harus diikuti "kah"? Terima kasih. | Salam, Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata terdapat perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Dalam ayat contoh ayat yang diberikan ayat yang betul ialah "Peter Pan tidak mengetahui makna/maksud ciuman". Namun dalam karya kreatif, penggunaan ayat tanya yang diletak di tengah ayat adalah dibenarkan. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan dalam ayat di atas menerusi penulisan karya kreatif. | Tatabahasa | 24.08.2012 |
Saya selalu menggunakan laman http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mencari maksud perkataan. Hari ini, saya dapati ada kesilapan peribahasa Bahasa Inggeris - Peribahasa 276 - di bahagian kanan, "Don't jump from the flying pan into the fire" adalah salah. Sepatutna, "don't jump from the FRYING pan into the fire". http://en.wikipedia.org/wiki/Jumping_from_the_frying_pan_into_the_fire Harap pihak DBP akan membuat pembetulan. | Terima kasih atas kepekaan dan maklumat saudara. Pihak kami akan memaklumkan kesilapan ini untuk diperbetulkan oleh pihak yang berkenaan. | Ejaan | 12.02.2014 |