flying feather adakah tepat terjemahannya anak panah lastik? | flying feather adakah tepat terjemahannya anak panah lastik? "Anak panah lastik' merupakan padanan yang digunakan untuk 'Flying feather' bergantung kepada konteks penggunaannya. | Istilah | 26.08.2013 |
Apakah penjodoh bilangan bagi busur panah? | kata bilangan boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan yang disebut bilangan kordinal contohnya, satu busur panah, sepuluh busur panah dan sebagainya. | Tatabahasa | 19.01.2021 |
1. tertarik oleh / kepada keindahan .penggunaan oleh atau kepada yang betul serta ulasannya. 2. Sebatang anak panah atau sebilah anak panah. 3. Kejayaan itu kami peroleh berkat usaha gigih. Adakah betul kata peroleh dalam ayat itu. 4. Mengapa kata sendi oleh tidak menerima akhiran"i" berikan ulasan. 5. Buku di dalam perpustakaan itu tebal-tebal belaka. Adakah betul "tebal-tebal belaka" | Saudara Zam, i. Kata sendi nama 'oleh' digunakan untuk menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif dan juga untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Kata sendi nama 'kepada' digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan di atas, kedua-dua kata sendi nama betul dan boleh digunakan dalam frasa tersebut. ii. Yang betul sebatang anak panah. iii. Perkataan yang betul ialah 'peroleh' daripada bentuk kata kerja transitif 'memperoleh' bukan 'memperolehi'. iv. Ayat 'Buku di perpustakaan tebal-tebal belaka' betul. Ayat ini bermaksud semua buku di perpustakaan tebal. | Tatabahasa | 06.08.2009 |
dalam kamus dewan ada simbol anak panah: bermaksud bererti, contoh sink- beerti lihat juga singki. adakah penggunaan sink boleh digunakan dalam bahasa rasmi/baku atau kedua-duanya boleh diguna pakai. | Tanda anak panah bererti lihat, maksudnya lihat perkataan yg di hadapan. contohnya perkataan analisa hendaklah melihat kpd perkataan di hadapannya iaitu analisis. Justeru perkataan analisis adalah yg baku, walau bagaimanapun perkataan analisa masih terakam dlm kamus kerana masih sering digunakan di kalangan awam. | Lain-lain | 07.08.2007 |
Sy menemukan perkataan "panah liang" dlm kamus Wilkonson yg merujuk kpd sj tebuan besar berbisa yg biasa hidup di dalam tanah. Perkataan ini sepertinya sepadan dgn perkataan "yellow-jacket" yg belum ada dlm catatan dbp, jg merujuk kpd sejenis tebuan berbisa. | Frasa "panah liang" masih belum terakam dalam mana-mana kamus terbitan DBP. Kami perlu membuat analisis data bagi mendapatkan padanan atau makna yang tepat bagi frasa tersebut. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. | Penyelidikan | 25.05.2025 |
Saya merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, perkataan atlet mempunyai penjelasan manakala perkataan atlit mempunyai anak panah yang merujuk kepada perkataan atlet. Ejaan yang manakah yang harus digunakan dalam penggunaan Bahasa Melayu rasmi? | Tanda anak panah bererti lihat, iaitu lihat perkataan di hadapan. Oleh itu, ejaan yang betul ialah atlet. | Ejaan | 23.08.2011 |
Soalan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR) Haikal berjaya menggondol pingat emas dalam pertandingan memanah kerana semua.............panahnya menepati sasaran. a. busar b. busur c. baur d. sulur pada pandangan saya soalan ini salah sepatutnya anak panah yang menepati sasaran bukan nya busur(tempat melepaskan anak panah) atau juga baur yang mempunyai makna yang sama. Apa komen tuan.. | Saya sependapat dengan saudara. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Buku Teks untuk perhatian mereka. | Istilah | 18.05.2011 |
Salam Apakah padanan bagi acara sukan panah recurve? Terima kasih. | Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut: recurve - lengkung recurve bow - busur lengkung Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 19.05.2022 |
Yang mana satukah betul? Kelab Memanah Tradisional atau Kelab Panah Tradisional | Cadangan jawapan yang sesuai ialah Kelab Memanah Tradisional. | Lain-lain | 26.07.2023 |
Salam pertanyaan: 1. Mana satu betul Sukan Memanah Tradisional @ Sukan Panah Tradisional @ atau ada yang lain? 2. Aktiviti Tunggang Kuda?" | 1. Sukan Memanah Tradisional 2. Aktiviti Menunggang Kuda | Ejaan | 09.12.2013 |