paku + me = memaku panas + me = memanas pancing + me = memancing Mengapa pamer + me = mempamer, bukannya memamer? | Awalan Men ialah awaln yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awaln ini mempunyai empat varian, bergnatung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya iaitu, me, men, dan meng. Bnetuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut; men menjadi men apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, r, l, w, dan y. Contohnya masak-memasak, nanti-menanti, nya-menyala. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Kata kerja terbitan muka surat 151. | Tatabahasa | 13.08.2008 |
Tuan, Adakah maksud memancing,memukat dan menjala sama?Jika tidak,apakah perbezaan mereka? Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. | Salam sejahtera, Memancing: menangkap ikan dan lain-lain dengan pancing Memukat: menangkap ikan dengan pukat Menjala: enangkap ikan dengan menggunakan jala Sekian, terima kasih. | Istilah | 08.03.2018 |