Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Jika kita pandang rendah akan gaya hidup sihat akibatnya sendiri yang akan tanggung. Adakah ayat aktif ini dipasifkan kepada ayat yang berikut? Akibatnya sendiri yang akan tanggung jika gaya hidup sihat kita pandang rendah. Adakah ayat ini ayat pasif semu? Terima kasih.Ayat pasif yang lebih tepat adalah “Diri sendiri yang akan menanggung akibatnya jika gaya hidup sihat dipandang remeh”.Tatabahasa10.01.2022
Janganlah kita pandang rendah kerjaya yang ada. Adakah ayat ini merupakan ayat perintah atau boleh dikategorikan sebagai ayat majmuk pancangan relatif. Mohon penjelasan kerana saya sangat keliru. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah  kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah.

Ayat yang dinyatakan ialah ayat larangan.
Tatabahasa23.08.2013
Yang manakah lebih sesuai/betul bagi ayat-ayat di bawah? (Lihat lampiran) Saya mabuk pada malam itu. Saya mabuk malam itu. Awak ketawa pada saya? Awak ketawakan saya? Awak tertawakan saya? Apa patut saya lakukan? Apa saya patut lakukan? Saya tak boleh hilang muka di sini! Saya tak boleh jatuh air muka (di sini)! Jangan buatkan warga asing pandang rendah pada kita! Jangan biar warga asing pandang rendah terhadap kita! Berikan saya masa. Beri saya masa. Saya perlukan rehat. Saya berehat sekejap. (I need a break) Saya bencikan dia. Saya benci dia. Saya sangat kesunyian Saya amat sunyi. Bolehkah perkataan 'ke' digunakan seperti di bawah dalam penulisan tak rasmi? Seronok ke? Adakah sesuai untuk menggunakan perkataan 'tu' 'ni' 'dah' untuk sari kata di televisyen? Saya sering nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Terima kasih.Ayat yang betul:

1. Saya mabuk pada malam itu
2. Apa patut saya lakukan?
3. Ayat ini kedua-duanya salah
4. Jangan biarkan warga asing memandang rendah terhadap kita!
5. Berikan saya masa
6. Saya memerlukan rehat
7. Saya benci akan dia
8. Saya sangat kesunyian
9. Untuk penulisan tidak rasmi, terpulang kepada penulis. Sungguhpun begitu, kami menggalakan penggunaan perkataan dan ayat yang tepat dari segi tatabahasa.
10. Untuk penggunaan kata di televisyen, ejaan perkataan yang penuh mesti digunakan. 
Tatabahasa30.08.2017
Soalan: Saya mencari padanan istilah 'sight vocabulary' dalam Bahasa Melayu. Istilah ini digunakan dalam pengajaran membaca bagi pelajar sekolah rendah.Untuk makluman, tidak terdapat istilah "sight vocabulary" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "sight word" dalam bidang Pendidikan dan padanan bahasa Melayunya ialah kata pandang. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "sight vocabulary" ialah perbendaharaan kata pandang.Istilah03.04.2013

Kembali ke atas