Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan Garis Panduan / Dasar / Polisi dan susunan keutamaan.

1.  Makna garis panduan: (i) panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan.

2.  Makna dasar: (i) pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras; (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi; (iii) yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok.

3.  Makna polisi (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; (ii) dokumen yg mengandungi kontrak insurans.

 

Daripada makna yang telah dihuraikan, maka sewajarnya susunan keutamaan ialah (i) DASAR; (ii) POLISI; dan (iii) GARIS PANDUAN.

Makna30.12.2016
Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasihKamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama.Istilah11.02.2010
Bagaimanakah panduan penulisan di jurnal, dasar dan peraturan penulisan yang melibatkan hak cipta dan royalti, boleh saya dapatkan semua maklumat ini? Adakah buku yang berkaitan dengan panduan penulisan, dasar dan peraturan menulis buku dan jurnal di DBPMenulis buku berbeza daripada menulis jurnal. Menulis buku juga berbeza mengikut jenis buku sama ada buku ilmiah atau buku umum. Tentang jurnal pula, panduan atau standard penulisannya adalah mengikut peraturan penulisan jurnal di seluruh dunia. Penulis jurnal di DBP dibayar royalti, dan penulis mengekalkan hak ciptanya.Lain-lain07.12.2007
Ayat "Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Pulau Pinang". 1. Adakah perkataan "Garis Panduan" boleh digantikan dengan "Tatacara" atau "Amalan"? 2. Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan dalam ayat tersebut di atas?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, garis panduan bermaksud panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsbnya.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; Maksud Tatacara pula ialah: 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~
Manakala maksud amalan pula ialah: 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsbnya) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm. sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan;

Berdasarkan maksud/makna perkataaan yang dinyatakan di atas, perkataan garis panduan dan tatacara boleh digunakan dalam ayat tuan tersebut. Namun begitu, perkataan yang lebih sesuai ialah garis panduan.
Lain-lain14.11.2018
Adakah DBP mengeluarkan dasar/garis panduan/arahan bagi pengumuman sebarang perkhidmatan seperti di dalam penerbangan untuk mengutamakan penggunaan Bahasa Malaysia.

DBP tidak mengeluarkan sebarang garis panduan lebih-lebih lagi dasar yang merupakan arahan kepada organisasi yang di luar bidang kuasa pentadbiran DBP. Dalam hal ehwal pengangkutan dan penerbangan, arahan dan garis panduan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Secara amnya, semua pihak perlu patuh kepada Perkara 152 (1), Perlembagaan Persekutuan yang menerangkan dengan jelas kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi Negara. Urusan rasmi lazimnya dikaitkan dengan hal ehwal pentadbiran kerajaan, dan tidak terpakai kepada urusan di luar urusan kerajaan. Walau bagaimanapun sebagai individu dan organisasi bersandarkan pada negara Malaysia, sewajarnya memberikan tempat yang istimewa kepada bahasa kebangsaan. Sehubungan dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan yang mendukung komitmen kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk memastikan semua pihak mematuhi apa-apa yang telah digariskan dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995  seperti  menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan termasuklah memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan dan pengawasan. 

Sebagai sebuah agensi yang berfungsi untuk mengembangkan bahasa kebangsaan bukan sahaja pada sektor awam tetapi swasta, berbagai-bagai kaedah telah digunakan termasuklah melalui kempen atau gerakan bahasa kebangsaan, antaranya Gerakan Cintailah Bahasa Kita, Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN), Kembara Bahasa, Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) dan sebagainya, yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai peringkat, kaum, sektor dan profesion dari seluruh negara.

Lain-lain01.06.2015
Apa beza antara polisi, peraturan atau garis panduan dari segi perundangan. Penggunaan perkataan manakah yang lebih spesifik.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, polisi ialah rancangan tindakan yang telah diper­setujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan.


Peraturan ialah rancangan tindakan yang telah diper­setujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan.

Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.
Tatabahasa04.10.2013
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduanPekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.Makna31.12.2012
Salam sejahtera, Adakah "Safety Walk" sesuai diterjemahkan sebagai "Rintis Keselamatan" atau "Panduan Keselamatan"? Sekiranya terjemahan ini tidak sesuai, sila nyatakan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan konteks: satu dasar yang diamalkan dalam sesebuah syarikat untuk meningkatkan kesedaran pekerja terhadap keselamatan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Berdasarkan konteks dasar yang diamalkan oleh sesebuah syarikat untuk meningkatkan kesedaran pekerja terhadap keselamatan frasa Panduan Keselamatan lebih sesuai digunakan.Penyemakan dan penterjemahan25.09.2018
1. bagaimanakah imbuhan pe-(allomof bagi peN-)dan imbuhan per dibezakan apabila kata dasar yang bermula dengan huruf r-diterbitkan? cth1. peramah 2. peramal 3. peramai seperti contoh-contoh di atas, dari segi morfologi, bagaimana kita dapat tahu bahawa kata- kata dasar tersebut adalah bergabung dengan imbuhan berbentuk per- atau imbuhan berbentuk pe-(allomof bg peN-)? sebab dalam buku- buku tatabahasa tidak dinyatakan dengan jelas. sekian terima kasihTidak ada panduan khusus untuk memudahkan kita mengetahui apakah kata dasar (sama ada bermula dengan huruf R atau tidak) bagi kata terbitan pe- dan per-, melainkan merujuk kamus dengan kerap. Walau bagaimanapun ada sesetengah perkataan meman telah dimaklumi kata dasarnya kerana kebiasaannya kata terbitan bagi kedua-dua kata dasar (kata yang bermula dengan huruf dan bukan r) tidak sama, conthnya: peramal daripada kata dasar ramal, kerana bagi kata dasar amal antara kata terbitan yang ada ialah pengamal (peramal tidak ada). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 -115. Sila rujuk juga kajian-kajian ilmiah tentang tajuk ini.Tatabahasa25.07.2009
Salam sejahtera. Saya menghadapi masalah untuk muat-turun Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi yang terdapat di laman web DBP. Mohon bantuan tuan untuk menghantarnya melalui email saya. Terima kasih

Untuk makluman puan, kami tidak memiliki salinan lembut (soft copy) Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi. Kami sendiri masih menyemak menggunakan salinan keras (hard copy) panduan tersebut. Sila hubungi Bahagian Dasar dan Penyelidikan Bahasa, Tingkat 24, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lain-lain05.05.2011
1234

Kembali ke atas