Salam sejahtera. Panggilan keluarga seperti Along, Angah, Pak Long dan Mak Su dikategorikan sebagai frasa nama khas atau frasa nama am? Adakah huruf pertama bagi panggilan-panggilan tersebut perlu ditulis dengan huruf besar? (Contoh: Pak Long, Mak Su) Saya agak keliru kerana terdapat data dalam PRPM yang menggunakan huruf besar serta huruf kecil bagi merujuk panggilan yang sama. (Contoh: mak su, Mak Su) Mohon pencerahan. Terimas kasih. | Panggilan keluarga seperti along, angah, pak long dan mak su dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis huruf kecil di tengah ayat dan huruf besar pada permulaan ayat (Along, Angah, Pak long, Mak su). Walau bagaimanapun, panggilan tersebut menjadi kata nama khas apabila bergabung dengan nama individu. Contohnya, Along Ayuni, Angah Athirah, Pak Long Awang dan Mak Su Hamuni. | Lain-lain | 28.06.2019 |
Apakah yang istilah yang sesuai untuk aplikasi komputer seperti Facebook,Wikipediai ,google dan sebagainya. Adakah istilah-istilah yang berbeza untuk penggunaan yang berlainan? Apakah nama panggilan untuk Facebook. Bolehkah panggilan-panggilan ini digunakan? Laman web? Laman sosial? Penggunaan? Applikasi? | Untuk makluman puan, Facebook, Twitter, Instagram dan seumpamanya merupakan laman sosial manakala Google, Yahoo ialah nama enjin carian yang digunakan untuk carian maklumat dalam dunia teknologi maklumat. Istilah-istilah tersebut merupakan aplikasi yang dibangunkan atau dicipta untuk kegunaan/kemudahan dalam bidang teknologi maklumat. | Lain-lain | 11.06.2014 |
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin. | Lain-lain | 10.12.2010 |
1. Adakah panggilan untuk Nenek ialah Nenda atau Nenenda? 2. Bagaimana pula panggilan untuk Datuk? Adakah Nenda juga atau Nenekanda atau panggilan lain? Terima kasih. | Nenda ialah kependekkan bagi nenenda merujuk panggilan kepada nenek dan datuk. Panggilan yg biasa dalam masyarakat ialah nenekanda, sementara nenenda dan nenda ialah bahasa halus utk nenek dan datuk yang biasanya digunakan dalam surat-menyurat. Sila rujuk kamus Dewan edisi Keempat ms 1076. | Makna | 08.01.2007 |
saya ingin tahu nama panggilan bagi keturunan ke atas dan ke bawah, seperti bermula dari saya, anak, cucu, cicit, piut selepas piut? selepas itu? begitu juga keatas saya, ayah&ibu, datuk&nenek,moyang,oneng-oneng (rujukan dari datuk), selepas oneng-oneng siapa, selepas itu siapa pula. saya sedang membuat salasilah keluarga saya dan saya perlu tau nama panggilan tersebut | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Istilah | 28.06.2009 |
Saya ingin tahu tentang penggunaan panggilan hormat Tuan. Adakah panggilan hormat tersebut boleh digunakan kepada ketua jabatan yang tidak mempunyai sebarang gelaran hormat? Sebagai contoh Tn. Mohd Zanal bin Dirin, Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. | Umumnya, encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau yang tidak dikenali (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb). Manakala, tuan ialah panggilan bagi orang laki-laki yang berpangkat atau yang patut dihormati. | Tatabahasa | 30.03.2013 |
Apakah terjemahan bagi 'on hold' dalam situasi panggilan telefon di mana panggilan dihentikan sebentar. Contoh ayatnya ialah, 'He put the call on hold'. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2018 |
untuk panggilan hormat, sekiranya penama mempunyai nama Raja/Tunku/Tengku, bagi penulisan surat rasmi panggilan dalam ayat perlukah diletak panggilan hormat YM juga Terima kasih | Perlu letak panggilan YM tersebut. | Lain-lain | 20.09.2018 |
Panggilan untuk guru besar dalam perbualan ketika seorang murid menemu bualnya ialah a) Murid: Selamat pagi, cikgu. b) Murid: Selamat pagi, guru besar. mana satu ayat yang betul? | Saudari Nip, Menerusi konteks ayat yang dikemukakan jawapan yang sesuai digunakan ialah cikgu. | Lain-lain | 17.09.2012 |
Panggilan Professor dalam surat rasmi | Sapaan yang lazim digunakan untuk Professor ialah tuan kerana Professor bukan dikategorikan dalam kumpulan gelaran kehormat yang disapa dengan YBhg. Walau bagaimanapun sebagai menghormati kepakaran golongan Prefessor ini tidak salah jika kita menggunakan sapaan YBhg. | Tatabahasa | 13.12.2010 |