Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panggil
Kata Terbitan : memanggil, memanggilkan, panggilan, pemanggil, sepemanggil,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Adakah panggilan untuk Nenek ialah Nenda atau Nenenda? 2. Bagaimana pula panggilan untuk Datuk? Adakah Nenda juga atau Nenekanda atau panggilan lain? Terima kasih.Nenda ialah kependekkan bagi nenenda merujuk panggilan kepada nenek dan datuk. Panggilan yg biasa dalam masyarakat ialah nenekanda, sementara nenenda dan nenda ialah bahasa halus utk nenek dan datuk yang biasanya digunakan dalam surat-menyurat. Sila rujuk kamus Dewan edisi Keempat ms 1076.Makna08.01.2007
Ada dua soalan 1. Panggilan hormat untuk pegawai daerah sama ada YBrs atau YBhg. Adakah jika ada haji itu mempengaruhi penggunaan panggilan hormat ? dan adakah beza sekiranya kedudukannya berbeza? cth: pegawai daerah sebagai penganjur majlis, dan pegawai daerah yang menjadu tetamu kehormat dalam majlis 2. Diskusi Maqasid Syariah dan kaitannya dengan tadbir urus & kepimpinan. Mohon cadangan untuk tambah baik tajuk ini sama ada perkataan "kaitannya" boleh digunakan atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Perkaitan ke?

1. "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan sapaan Yang Berbahagia (YBhg.)

2. Cadangan tajuk yang sesuai ialah: "Diskusi Maqasid al-Syariah dan Kaitannya dalam Tadbir Urus dan Kepimpinan"

Lain-lain28.09.2021
salam sejahtera, 1.Apa panggilan yang sesuai untuk isteri cikgu ? 2.Apa panggilan yang sesuai untuk suami cikgu ? Terima kasih.Panggilan atau sapaan untuk isteri cikgu ialah Puan manakala untuk suami cikgu ialah Tuan.Makna19.06.2017
Merujuk kepada PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014, Panggilan Hormat yang dirakamkan bagi tujuan salutasi termasuklah Tuan dan Puan, persoalan saya sering kali kita dengar panggilan hormat berganda "YBrs. Tuan" sekiranya penama tiada gelaran. Adakah boleh panggilan hormat berganda? Boleh berikan sebab? adakah sebab tuan puan juga boleh dijadikan "gelaran" bagi orang yang tiada gelaran seperti "Dr." "Ts." "Tengku" "Haji" dsb..Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, panggilan hormat yang digunakan adalah seperti yang berikut:
1. YBrs. - panggilan hormat bagi Ketua Jabatan Persekutuan Penyandang Jusa C dan ke atas; dan ahli akademik, seperti YBrs. Dr/YBrs. Prof. Madya Dr.
2. YM - panggilan hormat keturunan bagi Engku/Tengku/Ku/Raja
3. Tuan - panggilan hormat keturunan bagi Syed/Sheikh; dan panggilan hormat keagamaan bagi Haji

Tiada panggilan hormat berganda dan tiada contoh panggilan hormat bagi ahli profesional dalam pekeliling yang sedia ada. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan panggilan hormat ahli profesional, seperti Ts. disandarkan kepada panggilan hormat ahli akdemik, iaitu YBrs. sehingglah ada pekeliling baharu atau garis panduan lain yang menjelaskan tentang penggunaannya. Sekiranya tiada sebarang gelaran atau kaitan dengan keturunan, panggilan hormat yang lazim digunakan ialah tuan/puan.
Lain-lain04.07.2024
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya.

Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga.

Lain-lain08.06.2008
Salam... adakah teks ini betul...ini adalah pengumuman di stesen keretapi " Panggilan untuk atau kepada?? Penumpang tren no# bla3.... dipersilakan ke platform # gate # untuk perlepasan. Tren akan berlepas atau membuat perjalanan??? Pada jam bla3... Terima kasih atas bantuan.1. Panggilan kepada... 
2. Penumpang tren nombor....dipersilakan ke platform...pintu...untuk pelepasan.
3. Tren akan berlepas pada pukul...
Tatabahasa22.12.2015
Assalamualaikum Mohon penjelasan berkaitan penggunaan panggilan kehormat/panggilan diraja di dalam penulisan buku terjemahan biografi. Saya agak keliru dengan kewajipan penggunaan gelaran kehormat tersebut memandangkan di dalam buku berbahasa Inggeris, gelaran tersebut tidak dinyatakan pun. Hanya nama disebut. Bolehkah jika gelaran kehormat tersebut tidak dinyatakan di dalam buku berbahasa Malaysia? Atau jika perlu dinyatakan, mohon dapat beri sedikit penerangan. 1. Contoh bagi penggunaan Tun Dr Mahathir, apakah setiap kali nama beliau dirujuk di dalam buku tersebut, harus disertakan bersama gelaran/panggilan kehormat beliau atau cukup dengan nama beliau sahaja, Mahathir? Bolehkah gelaran kehormat untuk Tun Dr Mahathir disebut sekali sahaja di dalam buku dan kemudian dirujuk sebagai Mahathir sahaja setiap kali diulang? 2. Bagi gelaran Sultan/Agong, contoh seperti Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah, perlukah disertakan bersama gelaran KDYMM Seri Paduka Baginda setiap kali disebut di dalam buku atau cukup dengan gelaran Yang di-Pertuan Agong sahaja? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Gelaran dan nama penuh perlu dinyatakan pada setiap permulaan penulisan dalam setiap tajuk/topik dan bagi pengulangan, boleh menggunakan gelaran sahaja.

Contoh:
Tun Mahathir bin Mohamad ialah seorang doktor dan ahli politik. Tun merupakan Ahli Parlimen Langkawi.

Begitu juga untuk gelaran Agong, perlu dinyatakan dahulu gelaran penuhnya dan boleh diulangi dengan Yang di-Pertuan Agong.



Lain-lain13.10.2021
Mohon pencerahan berkenaan penggunaan panggilan hormat sama ada perlu disusun mengikut taraf panggilan hormat atau mengikut taraf jawatan pentadbiran? Sebagai cth: 1. YBhg. Datin/YBrs. Prof. Madya Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan (mengikut taraf panggilan hormat); atau 2. YBrs. Prof. Madya Dr./YBrs. Dr./YBhg. Datin/Tuan/Puan (mengikut taraf jawatan pentadbiran).Biasanya, susunan panggilan hormat disusun mengikut susunan gelaran, contoh:

YBhg. Datuk/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Lain-lain04.03.2024
Assalamualaikum, Saya keliru dengan panggilan gelaran. Manakah yang betul bagi panggilan gelaran berikut? 1. Tuan Haji Dr. Ahmad bin Ali atau 2. Dr. Haji Ahmad bin Ali atau 3. Tuan Dr. Haji Ahamd bin Ali Harap mendapat penjelasan daripada Khdimat Bahasa kerana kekeliruan sering dihadapi di organisasi saya apabila melibatkan gelaran tersebut. Terim akasih.

Encik Rosli,

Dalam penggunaan gelaran amalan biasa adalah dengan meletakkan gelaran tertinggi di hadapan. Walau bagaimanapun, ada kalanya pihak individu memilih bentuk yang disenangi oleh mereka, biasanya yang melibatkan gelaran seperti Dr. Prof. dsb. Bagi contoh yang diberikan ketiga-tiga bentuk digunakan.   

Lain-lain22.10.2010
Tuan, Dalam bahasa Inggeris, penggunaan Mrs Ali adalah untuk panggilan isteri kepada Tuan Ali yang bernama Muna. Soalannya: 1) Mengapa dalam bahasa Melayu tidak diguna pakai panggilan Puan Ali, sebaliknya kita memanggil dengan nama Puan Muna. 2) Adakah rujukan untuk panggilan hormat kepada seseorang. Terima kasih.Assalammualaikum WM WBT. 1. Saudara, kata sapaan dalam bahasa Melayu mencorakkan ketinggian nilai dan akal budi masyarakat Melayu. Kata sapaan dalam bahasa Melayu jelas untuk membezakan jantina dan tersurat juga dalamnya nilai-nilai Islam yang amat berkait dengan budaya masyarakat Melayu. 2. Panggilan hormat kepada seseorang biasanya berdasarkan jantina, kedudukan dalam masyarakat, dan pangkat dalam perjawatan. Contohnya, tuan, puan, mak cik, pak cik, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Yang Mulia dan sebagainya.Lain-lain19.06.2014
12345678

Kembali ke atas