Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; memangkah 1. menghentakkan (membantingkan) gasing ke atas gasing lain; 2. mengalahkan lawan (dlm permainan terup dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memangkah 1 menghentak gasing yg sedang berpusing dgn gasing lain. 2 mengalahkan lawan dlm permainan daun terup dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkah
Kata Terbitan : memangkah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM?Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan.

Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah.  Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.

Tatabahasa23.09.2013

Kembali ke atas