1. Assalamualaikum Encik/Puan. Boleh terangkan tatacara penggunaan huruf besar untuk perkataan 'pangkalan' dan 'armada' untuk ayat dalam contoh berikut. 2. Contoh " Kapal seterusnya terlibat dengan beberapa ceramah dan latihan yang dianjurkan oleh pangkalan dan armada". 3. Adakah perlu ditulis dalam huruf besar atau kecil? | Wassalam, Perkataan tersebut merupakan kata nama am dan perlu ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 02.02.2018 |
1)apakah terjemahan istilah "over couch" dan "under couch" bagi jenis mesin fluoroskopi di hospital? 2) apakah terjemahan istilah "phantom" iaitu sejenis patung yang digunakan sebagai pengganti manusia ketika uji kaji klinikal dijalankan. | Untuk makluman puan, perkataan "over couch" dan "under couch" tiada dalam pangkalan data kami. Dalam pangkalan data kami hanya terdapat perkataan "couch" yang membawa maksud kerusi katil. Mengikut pangkalan data kami, padanan untuk "Phantom" ialah "Fantom" yang membawa maksud bahan yang dibina menyerupai bentuk sesuatu organ dan boleh memberi imej organ tersebut bila dimasukkan bahan radioaktif ke dalamnya.
| Penyemakan dan penterjemahan | 24.10.2017 |
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal | 1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab. 2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokalĀ dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 23.01.2013 |
Assalamualaukum/Selamat pagi, Tuan/Puan/Cik, Saya dengan sukacitanya merujuk perkara di atas memaklumkan bahawa terdapat penggunaan bagi kosa kata "Pengkalan" dan "Pangkalan" yang digunakan bagi merujuk kepada pejabat cawangan kami. Sebagai contoh Pengkalan/Pangkalan Sri Aman dan lain-lainnya. Sebagai pengguna, saya keliru yang mana satu daripadanya boleh digunapakai sebagai kosa kata yang tepat. Apa yang saya ketahui perkataan "Pengkalan" tidak terkandung dalam daftar rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka melainkan perkataan" Pengkal" sahaja, yang saya fahami digunakan untuk awalan atau terbitan bagi sesuatu objek. Saya memohon khidmat nasihat pihak tuan bagi membetulkan penggunaan kosa kata ini, seterusnya membetulkan penggunaannya untuk tujuan pejabat cawangan kami secara tepat. Penjelasan daripada pihak tuan akan kami jadikan sebagai rujukan rasmi. Sekian, terima kasih. Yang benar, AFFANDDY BIN NARANI Eksekutif, Padiberas Nasional Berhad, Pejabat Wilayah Sarawak. Kuching. | Perkataan yang betul ialah "pangkalan", iaitu dari kata dasar pangkal dan mendapat akhiran -an. Pangkalan membawa pelbagai maksud: 1. perhentian: hentian, stesen, terminal, persinggahan, transit, pelabuhan, limbungan, jeti, tambatan dan pelantar; dan 2. ibu pejabat: markas, depo, kem dan pusat. Lihat Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, halaman 619. Pengkal ialah kata lama yang bermaksud pingkal dan tidak ada kata terbitan yang wujud daripada kata pengkal. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
1. Manakah lebih gramatis/tepat? 'Lekatkan paku tekan pada rod kaca menggunakan lilin lebur atau lilin cair'? 2. Jika ingin menyatakan larutan akueus klorin tanpa perkataan akueus, yang manakah adalah tepat: 'air berklorin' atau 'larutan klorin berair'? 3. Apakah istilah bahasa melayu untuk 'gas giants' dan 'ice giants' (kedua-duanya merujuk kepada kumpulan planet dalam sistem suria). Terima kasih. | 1. Dalam pangkalan data DBP, frasa yang digunakan ialah lilin cair 2. Penggunaan yang tepat ialah larutan berair klorin jika merujuk kepada air yang mengandungi klorin. Akan tetapi, jika merujuk kepada klorin yang mengandungi air, frasa yang harus digunakan ialah larutan klorin berair. 3. Untuk soalan nombor 3, kedua-dua istilah tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan supaya digunakan frasa Planet Gas bagi istilah Gas Giant dan Planet Ais bagi merujuk Ice Giant. | Istilah | 25.10.2016 |
1) maksud sudut pandangan dalam sastera melayu. 2) plot sastera melayu | 1. Tidak ada maklumat khusus tentang sudut pandangan dalam pangkalan data kami, secara amnya sudut pandangan ialah penilaian seseorang terhadap sesuatu perkara. jika dalam konteks ini penilaian seseorang tokoh tentang sesuatu isu dalam dunia sastera. 2. Plot ialah jalan atau jalinan sesuatu cerita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih rinci, sila rujuk buku tentang diskusi dan kritikan sastera. | Sastera | 02.05.2014 |
Mohon dapatkan frasa berikut dalam BM: - independent living - job placement officer - job coach T.kasih | 1. independent living - hidup berdikari 2. job placement officer - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk job placement, iaitu penempatan kerja. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah pegawai penempatan kerja. 3. job coach - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Istilah yang dicadangkan ialah jurulatih kerja. | Istilah | 01.07.2011 |
BM translation of: 1. Rock climbing 2. nsanity | 1. Istilah untuk 'rock climbing' ialah daki tembok. 2. Tidak ada perkataan 'nsanity' dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah 'insanity' yang padanan bahasa Melayunya ialah ketaksiuman atau kehilangan akal. | Istilah | 01.04.2011 |
1) Apakah nama ikan (clownfish) dalam bahasa melayu? | Dalam pangkalan data kami masih belum wujud perkataan clownfish. | Makna | 19.05.2018 |
1. Apakah perbezaan antara murid dan pelajar ? 2. Bolehkah menggunakan awalan 'meng' untuk simpulan bahasa, contohnya : mengikut jejak | 1. Murid sama maksudnya dengan pelajar. 2. Simpulan bahasa dikekalkan seperti yang sedia terakam dalam pangkalan data. Ungkapan mengikut jejak betul seperti dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 24.07.2012 |