Saya kuhafeesah Rongso, Ingin bertanya DBP, Perkataan "Terekter" asal dari bahasa apa? Dan apakah maksud nya? Terimakasih. | Tidak ada perkataan "terekter" dalam pangkalan data kami. Sila pastikan ejaan perkataan berkenaan berserta konteks penggunaannya. | Istilah | 27.09.2014 |
Assalamualaikum, Apakah maksud "serkit2 tali-gerap", ayat penuh "Sharikat Cable dan Wireless Berhad dahulu-nya telah menjalankan segala serkit2 taligerap dari Iuar negeri yang penting ka-Singapura dan daripada Negeri Singapura ka-luar negeri sa-belum 1 haribulan Januari, 1965 dan ada-lah mustahak bagi kepentingan Negara semua perkhidmatan2 luar negeri itu di-letakkan dalam kawalan Kerajaan betul2." Ayat diambil dari Penyata Parlimen bertarikh 26 May 1965. | Tiada maklumat tentang serkit2 tali-gerap dalam pangkalan data kami, juga tiada maklumat lain yang dapat membantu melalui carian di Google. | Lain-lain | 17.04.2019 |
Salam. Difahamkan 'politikus' dan 'kritikus'adalah imbuhan dalam bahasa Indonesia. Bolehkah akhiran-us itu digunakan dalam bahasa Melayu? Soalan kedua selain -us adakah lagi imbuhan yang tidak terdapat dalam BM ada dalsm imbuhan BI? | Tidak ada maklumat tentang struktur tatabahasa bahasa Indonesia dalam pangkalan data kami. Melalui carian di internet, menemukan bentuk-bentuk lain imbuhan tatabahasa bahasa Indonesia, seperti -kan, -i, –nya, -in, -at, -is, -isme, -man, -wan, -ah, dan -wi. Walau bagaimanapun, maklumat tersebut perlu dipastikan kebenarannya, untuk itu sila rujuk buku Tatabahasa Indonesia seperti: Tatabahasa praktis bahasa Indonesia | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | Tiada | 1998 | Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia (2) | Dian Rakyat | Tiada | 1986 |
| Lain-lain | 26.03.2014 |