Bagi ayat di bawah, perkataan "utara" dan "selatan", huruf pangkalnya ditulis dengan huruf besar atau huruf kecil? Alat ini dimainkan dalam ensembel Mek Mulung di Kedah dan ensembel Menora di utara Malaysia dan selatan Thailand. | Huruf pangkal perkataan “utara” dan “selatan” ditulis dengan huruf kecil kerana bukan merupakan kata nama khas. | Ejaan | 09.05.2024 |
Penggunaan Kata Nama Khas surat rasmi Sekiranya nama seseorang individu itu pangkalnya adalah Syeikh @ Syed. Adakah didalam surat rasmi adalah seperti berikut? Cthnya adalah : Betul: Tuan Syeikh @ Tuan Syed Salah : Encik Syeikh @ Encik Syed Terima kasih | Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Penggunaan Kata Nama Khas surat rasmi Sekiranya nama seseorang individu itu pangkalnya adalah Tuan. Adakah didalam surat rasmi adalah seperti berikut? Cthnya adalah : Encik Tuan Jazlan B. Ali | Penggunaan yang betul ialah Encik Jazlan bin Ali. Namun, jika nama seseorang itu ialah Tuan Jazlan bin Ali, kata sapaan yang betul ialah encik, Encik Tuan Jazlan bin Ali.
| Ejaan | 08.12.2013 |
Perkataan Pengurusan Tertinggi perlu menggunakan huruf besar atau kecil? Contoh Pengurusan Tertinggi MOSTI atau pengurusan tertinggi MOSTI | Sekiranya perkataan tersebut merujuk pada kata nama am, perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil pada pangkalnya (pengurusan tertinggi MOSTI) manakala sekiranya perkataan tersebut merujuk pada kata nama khas, perkataan tersebut ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya (Pengurusan Tertinggi MOSTI).
| Tatabahasa | 30.11.2023 |
Mata pelajaran Moral atau Mata pelajaran moral Moral ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya atau huruf kecil? | Ejaan yang betul ialah mata pelajaran "Pendidikan Moral", iaitu awal perkataan ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 25.11.2024 |
Salam sejahtera, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai perkataan "terarium" perlukan huruf pangkalnya ditulis dengan huruf besar? Sebagai contoh, Bahan-bahan Terarium Kaktus. Adakah betul ejaan perkataan tersebut? Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Perkataan "terarium" tergolong dalam kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan. | Tatabahasa | 05.10.2020 |
Tuan, bolehkah kita menyebut helang bagi merujuk kepada burung helang atau perlu meletakkan perkataan burung di pangkalnya?Bagaimanakah dengan burung-burung lain seperti burung pipit, burung merpati dan lain-lain? | Sewajarnya disebut burung helang, burung pipit, burung merpati dan sebagainya bagi merujuk burung untuk mengelakkan kekeliruan kerana nama-nama burung juga digunakan untuk benda-benda lain. | Lain-lain | 15.11.2011 |
Assalammualaikum, Kata ganti diri dalam ayat di bawah (mama, ayah, nenek) perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya ataupun dengan huruf kecil? 1. Kemudian, mama mengambil klip rambut yang selalu digunakan apabila dia menggunting rambut ayah. 2. “Kamu suka makan pai epal rhubarb Nenek, kan?” nenek bertanya. | Perkataan emak, nenek dan ayah ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 10.03.2017 |
Ejaan nama pokok yang berasaskan nama orang, contohnya tongkat ali, kacip fatimah dan ceri terengganu; adakah perlu ditulis huruf besar pada pangkalnya (cth., Tongkat Ali). Mohon bantu. | Nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama pokok merupakan kata nama am. Dalam pangkalan data kami, tongkat ali, kacip fatimah dan ceri ditulis dengan huruf kecil. Istilah ceri Terengganu tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh sebab Terengganu merujuk kepada nama negeri, iaitu nama khas, ejaan yang kami cadangkan ialah ceri Terengganu. | Ejaan | 16.05.2012 |
Bagaimana menulis nama makanan yang diberi nama khusus, contohnya kek red velvet, mi bandung, dan sebagainya. Perlukah ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya? | Nama menu ditulis dengan huruf kecil seperti kek red velvet dan mi bandung. | Ejaan | 06.11.2012 |