Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.kas] | ڤڠکس

Definisi : ; toko ~ kedai gunting rambut; tukang ~ tukang gunting (cukur); berpangkas bergunting rambut: janganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja ~ gambak; memangkas 1. menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; 2. memotong hujung (rumput, pokok, dll), mencantas: jikalau ia tidak dipangkas atau ditutuh, nescaya ia tumbuh menjadi pokok yg besar; ~ kata ki mering­kaskan cerita; terpangkas memangkas atau dipangkas dgn tidak sengaja: dia ~ dahan anak rambutan itu; pemangkasan perbuatan (kerja dsb) memangkas: ~ perlu dilakukan utk membuang daun atau dahan yg rosak; pemangkas 1. perkakas atau alat utk me­mangkas (memotong): ~ rumput; 2. orang yg memangkas, tukang pangkas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.kas] | ڤڠکس

Definisi : ; berpangkas 1 bergunting (rambut): Rambutnya belum ~. 2 menjadi pendek kerana dipotong: Pokok-pokok teh itu kelihatan spt ~ tepinya. memangkas 1 memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: Mereka ~ pokok-pokok kertau itu supaya sentiasa rendah dan mudah dipetik daunnya. 2 memotong dgn gunting; menggunting: ~ rambut. pangkasan hasil drpd memangkas. pemangkasan perbuatan memangkas: ~ pertama boleh dilakukan semasa batangnya tumbuh setinggi lebih kurang 0.6 meter. pemangkas 1 alat, spt gunting yg digunakan utk memangkas. 2 orang yg kerjanya memangkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkas
Kata Terbitan : memangkas, pemangkas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015

Kembali ke atas