panitia - makna | jawatankuasa | Makna | 09.05.2007 |
Kamu memegang jawatan sebagai guru panitia. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Jawatan kamu pegang sebagai guru panitia. (b) Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang. | Ayat pasif yang betul: Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang. | Tatabahasa | 11.11.2015 |
Aslmkum tuan... 1. Sesuaikah sy menggunakan kata 'Panitia' bagi menggantikan kata 'Badan' untuk kata nama khas bagi Panitia Amal dan Khairat Anggota Teraju di kolej saya? 2. Adakah kata 'Teraju' dlm kata nama khas tersebut boleh mewakili/menggambarkan seluruh warga kerja yg berkhidmat di kolej saya atau hanya mewakili pemimpin atasan sahaja. Sekian, terima kasih | 1. Panitia bermaksud sekumpulan orang yang diberi tugas mengurus sesuatu atau jawatankuasa. Sehubungan dengan itu, jika disesuaikan dengan maknanya, tidak ada masalah jika digunakan. 2. Teraju bermaksud dalam konteks ayat tersebut bermaksud kuasa tertinggi, pucuk pimpinan. | Makna | 02.12.2016 |
Saya, ketua panitia BM, bercadang mengadakan pertandingan sempena Bulan Bahasa Kebangsaa. Oleh itu, ingin mendapatkan bantuan sumbangan majalah Dewan Pelajar keluaran yang lepas sebagai hadiah untuk murid. Boleh atau tidak? Bagaimana proses yg perlu dilakukan? | Tuan boleh membuat permohonan rasmi dengan menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 10.09.2015 |
apakah maksud panitia | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, panitia bermaksud jawatankuasa: membentuk satu ~ khusus utk menyelidiki sebab-sebab bencana; ~ bahasa Melayu-Indonesia. | Istilah | 19.11.2009 |
apakah maksud 1. panitia 2. kembaran kuala | Panitia ialah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu. Manakala kembaran kuala tiada maklumat diperoleh. | Makna | 10.05.2007 |
Ketua Panitia atau Ketua Panatia | Ejaan yang betul ialah Ketua Panitia. | Ejaan | 07.05.2012 |
Assalam. Adakah mesyuarat panitia bahasa melayu kata nama khas? Bagaimana ejaannya? | Salam sejahtera, Tuan, Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu merupakan kata nama khas dan dieja dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 12.02.2018 |
Apakah perbezaan perkataan di bawah, yang manakah betul dripada hukum tatabahasa 1. meniaga- berniaga 2.panitia- panatia 3.pelantikan-perlantikan Terima kasih | Perkataan yang betul ialah 1. berniaga 2. panitia 3. pelantikan | Ejaan | 06.02.2014 |
1. Yang manakah frasa yang betul dan diterima pakai? 'Pelan Bertindak Panitia Bahasa Melayu ' atau 'Pelan Tindakan Paniia Bahasa Melayu' 2.Adakah frasa 'baru-baru ini' boleh ditukar menjadi 'baharu-baharu ini'? | 1. Frasa yang betul ialah Pelan Tindakan Panitia Bahasa Melayu 2. Frasa "baru-baru ini" tidak boleh ditukar menjadi "baharu-baharu ini". | Ejaan | 03.04.2012 |