Gaya Dewan (1995: 70) menyatakan bahawa tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan en (én) sebagai ukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em. Soalan: (1) Adakah en itu sama lebarnya dengan huruf n? (2) Jikalau tanda pisah satu en, adakah tanda sempang hanya setengah en? | - Dalam penerbitan, en merupakan unit ukuran yang lebarnya setengah huruf em, tetapi tidak semestinya sama lebar dengan huruf "n".
- Jika tanda pisah satu en, tanda sempang tidak semestinya hanya setengah en.
Dalam penerbitan, en, em dan tanda sempang mempunyai fungsi yang berbeza. Sdr boleh merujuk buku yang berkaitan, seperti Copy Editing oleh Judith Butcher (Cambridge University Press) atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Tolong betulkan ayat ini. Parang Belitung sederhana panjang. | Ayat yang betul ialah "Parang Belitung sederhana panjangnya". | Tatabahasa | 21.09.2014 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. | Tatabahasa | 06.12.2009 |
Saya Khaireeyah Binmak Saya belajar bahasa melayu dan Saya ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna membujur | Menurut data kami, maksud perkataan membujur ialah terletak mengikut panjangnya; memanjang: Banjaran Titiwangsa membujur dari utara hingga ke selatan Semenanjung Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=membujur | Makna | 04.11.2015 |
apakah syarat-syarat pertandingan untuk peraduan menulis sastera kreatif 2010(kategori cerpen) anjuran dbp sarawak | Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Cerpen yang hendak ditulis panjangnya sekitar 4000 perkataan atau 15 halaman. Peserta boleh menghantar maksima 2 buah cerpen. Tema bebas tetapi tidak boleh menyentuh perkara2 sensitif atau yang menyinggung perasaan. Karay yang dihantar tidak akan dikembalikan. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Karyawan, DBP Cawangan Sarawak, 082-444711 | Lain-lain | 19.04.2010 |
Bagaimana bahasa Melayu menulis tempoh masa. Contohnya: Isnin hingga Rabu, 2013 hingga 2015 dsb. Perkataan "hingga" boleh ditukar dengan tanda sempang. Sempang mana digunakan "-" atau "–". Bahasa Inggeris gunakan "–" untuk maksud "hingga". Bagaimana hendak menulisnya? Perlukah dijarakkan? Contoh: 2013-2015, 2013 – 2015 atau sebagainya? | Perkataan “hingga” boleh digantikan dengan tanda pisah "–" (bukannya tanda sempang). Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan dijarakkan. Contohnya: Jun – Oktober ; Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1977 – 1980. | Ejaan | 10.01.2015 |
Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992: 48) mengatakan panjang tanda pisah dua kali sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Saya beranggapan bahawa ungkapan “tidak diapit oleh ruangan” bermaksud tanda pisah itu satu unit, iaitu tiada ruangan di antara sempang pertama dengan sempang kedua. Adakah anggapan saya betul? | Dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga terbitan DBP, Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi yang berikut, iaitu memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, menunjukkan aliran fikiran penulis dan menggantikan perkataan hingga. Contoh yang mudah ditemui adalah seperti "Jun - Oktober", kedua-dua perkataan tersebut dan tanda baca (tanda pisah) dikira tiga unit yang berlainan. Tanda baca yang tidak diapit oleh ruangan ialah tanda sempang. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak?Tq 1. Kami pergi ke sana dengan melalui Jambatan Pulau Pinang yang sepanjang 13.5 KM. 2. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara kerana diperakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. 3. Perjalanan pulang pula kami menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 4. Jambatan kedua ini sepanjang 24 km dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. | Ayat yang tepat ialah: 1. Kami pergi ke sana melalui Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km. 2. Jambatan ini kebanggaan negara dan diperakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. 3. Bagi perjalanan pulang, kami menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 4. Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 24 km dan merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. | Lain-lain | 24.05.2018 |