WALL CLIMBING | PANJAT TEMBOK | Istilah | 03.11.2010 |
Assalamualaikum. Nama Saya Puan Noraini dari Sri KDU International School (Primary). Saya mahu bertanya tentang kosa kata untuk peralatan di taman permainan. Adakah maksud yang saya berikan ini adalah betul? Saya perlu memberi kosa kata yang betul kepada pelajar-pelajar saya. Monkey bar – palang besi / besi penggayut Spring Rider – penunggang spring Climbing frame – pemanjat Adakah maksud perkataan untuk permainan - merry go round' dalam BM? Terima Kasih. | Kami mencadangkan alat permainan "monkey bar" diterjemahkan sebagai bar gayut atau palang gayut, "spring rider" diterjemahkan sebagai penunggang pegas, manakala "climb frame" diterjemahkan sebagai kerangka panjat atau bingkai panjat. Alat permainan "merry-go-round" sesuai untuk diterjemahkan sebagai kuda pusing. | Istilah | 26.10.2020 |
Apakah padanan yang sesuai untuk frasa "big wall climbing", "free wall climbing", "free climbing" dan juga "free soloing" dalam konteks sukan pendakian dinding/batu. Rujuk: https://www.evorock.com/blog/2016/07/13/3694/#:~:text=In%20free%20climbing%2C%20the%20climber,in%20case%20of%20a%20fall. Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah big wall climbing ialah panjat tembok besar, free wall climbing ialah panjat tembok mandiri, free climbing ialah pendakian mandiri dan free soloing climbing ialah pendakian solo mandiri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.09.2022 |
Apakah istilah 'jungle gym' dalam Bahasa Melayu? Jungle gym ialah salah satu permainan yang boleh ditemui di taman permainan kanak-kanak. | Istilah jungle gym bersinonim dengan istilah climbing frame. Padanan bahasa Melayu bagi istilah climbing frame ialah rangka panjat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.10.2022 |
Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing | 1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layang | Makna | 01.04.2014 |
istilah - istilah berikut dalam BM : 1. Pagar anti-climb 2. Wash bay (di tapak pembinaan) 3. Focal point 4. Ramp 5. Park and Ride 6. Smart Parking 7. Waste to Wealth 8. Electricity Smart Metering 9. Smart Bin 10. Rubble Pitching Wall | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti climb fence ialah pagar anti panjat, wash bay ialah ruang cuci, focal point ialah titik fokus, ramp ialah tanjakan, park and ride ialah pandu dan rantau, smart parking ialah tempat letak kereta pintar, waste to wealth ialah sisa ke sumber, electricity smart metering ialah permeteran pintar elektrik, smart bin ialah tong pintar, dan rubble pitching wall ialah tembok mengunjam batu. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.07.2023 |
Salam sejahtera encik. Encik, Saya ingin memdapatkan kepastian tentang ketepatan penggunaan perkataan dalam 2 ayat berikut: 1. Ketika muda dahulu, Pak said digelar jaguh memanjat pokok kelapa. *** Adakah penggunaan perkataan 'memanjat' betul? Ataupun yang tepat ialah 'pemanjat'? Pada pendapat saya kata kerja tidak boleh ada dalam frasa nama. 2. Penyenayah itu saling berbalas tembakan dengan pihak polis. ***Adakah penggunaan "saling berbalas" betul? Adakah berlaku kelewahan bahasa? Pada pendapat saya, 'berbalas' sudah membawa maksud 'saling'. Diharapkan encik dapat memberikan pencerahan terhadap kekeliruan di atas. Terima kasih. | 1. Frasa yang betul ialah jaguh panjat pokok sama seperti jaguh tinju. . 2. Ayat yang betul, penjenayah itu saling menembak atau penjenayah itu berbalas tembakan. | Tatabahasa | 09.05.2016 |