1.murid-murid (menghiaskan/ menghias) panji-panji di padang. 2.murid-murid (menghiaskan/ menghias) padang menggunakan panji-panji. Antara 2 ayat. mana yang betul? | Menurut data kami, ayat yang betul ialah 1. Murid-murid menghiaskan panji-panji di padang 2. Murid-murid menghiaskan padang menggunakan panji-panji. | Tatabahasa | 09.08.2016 |
Apakah perbezaan antara panji-panji dan bendera? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud panji-panji ialah kain yang biasanya berbentuk segi tiga sebagai tanda atau bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). Manakala bendera pula bermaksud sepotong kain segi empat atau segi tiga dgn gambar atau warna tertentu yang digunakan sebagai lambang atau sebagai tanda. maka panji-panji dan bendera merupakan benda yang sama. | Makna | 30.07.2016 |
Dua orang budak melambaikan panji-panji.(betul@salah) dalam acara sukaneka adakah isi air dalam botol,lari ikat kaki..nama acara -acara ini betul? | Ayat itu betul dan nama-nama acara sukaneka itu juga betul. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
cogan atau cogan kata | Makna cogan ialah panji-panji atau lencana sebagai lambang; atau disebut juga cogan kata. | Makna | 29.05.2008 |
salam, saya ingin bertanya.apakah dimaksudkan sastera panji?,apakah ciri-ciri sastera panji? dan apakah funsi sesebuah sastera panji? kedua apakah buku yang sesuai untuk saya membuat rujukan bagi menkaji sastera panji. terima kasih | Panji adalah kata dalam bahasa Jawa Kuno yang digunakan sebagai gelaran bagi golongan bangsawan. Kemudian kata ini diberikan kepada anak raja yang menjadi watak utama dalam cerita-cerita panji. Ciri-ciri umum cerita panji ialah 1. plot yang yang sama dalam setiap cerita panji. 2. Tema pengembaraan panji untuk mencari kekasihnya 3. Unsur penyamaran dan lain-lain. Antara cerita panji yang terkenal ialah Hikayat Panji Semirang, Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma, Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Cerita Damar Wulan dan lain-lain. Untuk merujuk lebih maklumat tentang Sastera Panji, saudara boleh dapatkan buku Kesusasteraan Melayu Tradisional yang diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih. Bahasa Jiwa Bangsa. | Lain-lain | 12.08.2009 |
1.Anak anjing yg baru lahir itu menyalak kesejukan....anak anjing menyalak digantikan dgn menciap boleh diterima atau tidak 2.Sultan berangkat ke dalam istana dengan diiringi hulubalang hulubalang yang membawa .........kebesaran diraja. Iram-iram atau panji panji... | Perkataan menciap ialah bunyi untuk anak ayam/burung. Oleh yang demikian, perkataan menciap tidak sesuai digunakan untuk bunyi bagi anak anjing. Perkataan yang betul ialah Sultan berangkat ke dalam istana dengan diiringi hulubalang-hulubalang yang membawa panji kebesaran diraja. | Tatabahasa | 07.03.2019 |
Di negara China, terdapat kawasan yang bernama seperti Uxin Banner, Etuoke Front Banner dsb. Adakah ada perkataan/istilah bahasa melayu yang sesuai untuk "banner" ini? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan banner bermaksud panji-panji, sepanduk atau kain rentang. | Istilah | 20.05.2018 |
Definisi Sastera Panji | Sastera Panji adalah karya-karya berbentuk hikayat yang secara umum berkisar di sekitar pengembaraan dan percintaan watak utamanya. Antara contoh karya Sastera Panji ialah Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Hikayat Panji Semirang, Cerita Damar Wulan dan lanin-lain. | Lain-lain | 22.11.2007 |
Apakah istilah untuk nama cenderamata ini ? T.kasih. | Nama cenderamata ini ialah panji yang merujuk kepada kain yang biasanya berbentuk segi tiga sebagai tanda; bendera (biasanya berbentuk segi tiga dan panjang). | Lain-lain | 15.10.2015 |
1. Tolong buangkan/membuangkan bungkusan plastik ini ke dalam tong sampah. Tolong jelaskan perbezaan antara buangkan dengan membuangkan. 2. Apakah penjodoh bilangan untuk bendera dan panji. 3. "Bolehkan anda tunggu sebentar?" kata pegawai bank kepada pelanggannya. Bolehkah kita gunakan gantinama anda dalam ayat ini? 4. Budak itu membuang sampah ke/ di atas lantai. 5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan. 6. Setiba di sana. atau Setiba ke sana. Apakah perbezaannya? | 1. Ayat perintah/suruh (ditujukan kepada kata ganti diri yang kedua: awak, kamu, dsb) tidak perlu guna imbuhan awalan Me-... 2. Sehelai, selembar dan sebuah = bendera. 3. Boleh. 4. Budak itu membuang sampah di atas lantai. 5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan. 6. Setiba di sana. 'Di' dalam bahasa Inggerisnya 'at' dan 'ke' = 'to'.
| Lain-lain | 09.10.2009 |