Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.no.ra.ma] | ڤانوراما

Definisi : 1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (ke­adaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubah­ubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.no.ra.ma] | ڤانوراما

Definisi : pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: Matanya merenung ~ pergunungan yg indah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panorama


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jawapan untuk soalan di bawah? Pelancong asing begitu terpesona ( ) keindahan panorama Pulau Langkawi. A) terhadap B) dengan C) akan D) oleh terima kasihJawapan yang betul ialah c. akan.Lain-lain23.06.2010
Salam sejahtera tuan/puan, Soalan saya - untuk penulisan tajuk atau format Title Case, apakah jenis perkataan-perkataan yang perlu ditulis menggunakan huruf besar bagi huruf pertama?Untuk makluman, tajuk dalam penulisan perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar pada setiap permulaan perkataan. Sunggupun begitu, jika dalam tajuk terdapat kata sendi, permulaan huruf tersebut perlu ditulis menggunakan huruf kecil. Contoh:

1. Indahnya Panorama
2. Indahnya Panorama di Pulau Langkawi
Lain-lain07.02.2018
1) Apa maksud PENERAMA & PENEROMA? 2) Adakah perkataan- perkataan di atas wujud? sekia, terima kasih.Kedua-dua istilah ini tidak terakam dalam mana-mana sumber rujukan kami ataupun Kamus Dewan. Yang ada ialah panorama yang ditakrif sebagai  1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (ke­adaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubah­ubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun.Makna19.02.2009

Kembali ke atas