Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pa] | ڤاڤ

Definisi : sangat miskin; ~ kedana terlalu papa; ~ kerma sl azab dan sengsara; tujuh kali pindah jadi ~ prb pekerjaan yg tiada tetap itu me­nambahkan kerugian sahaja; memapakan menyebabkan (menjadikan) papa; kepapaan keadaan papa: menderita ~; pemapaan perbuatan menjadikan papa: penganiayaan dan ~ secara tersusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa] | ڤاڤ

Definisi : bp bapa, ayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa] | ڤاڤ

Definisi : tidak memiliki apa-apa pun; miskin sekali. kepapaan keadaan papa; kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papa
Rujuk :miskin

Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun,
     kini 'lah sangat merarasi.

Bermaksud :

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Papa pelancong terpukau oleh/akan persembahan tarian zapin yang dipersembahkan oleh kanak-kanak kelainan upaya.Kedua-duanya betul.Tatabahasa31.03.2010
Mohon pandangan berkaitan tajuk seperti di bawah: PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 Penggunaan di Bawah Akta atau Bawah Akta sahajaPenggunaan bahasa yang betul ialah PERATURAN TETAP OPERASI MENYELAMAT ORANG PAPA DI BAWAH AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977.Tatabahasa31.12.2020
Assalamualaikum tuan, saya dan kumpulan penulis telah meulis sebuah manuskrip untuk kanak-kanak bertajuk Papa Berhentilah Merokok. Bagaimanakah caranya saya boleh terbitkan buku tersebut dengan DBP? terima kasih. -amani
Puan,

Untuk makluman, puan boleh menghantar manuskrip Papa Berhentilah Merokok kepada Ketua Editor Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja di alamat:

Ketua Editor,
Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 19, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50604 Kuala Lumpur.

Manuskrip yang dihantar hendaklah disertakan dengan perkara yang berikut:
1. Surat penyerahan manuskrip
2. Pengesahan karya asal
3. Biodata penulis
4. Sinopsis
5. Sasaran pembaca

Semoga jawapan di atas dapat membantu puan.

Terima kasih kerana berurusan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lain-lain30.03.2021
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera, Untuk papa iklan (banner) untuk tujuan jual beli harta tanah, kami perlu mendapakan kelulusan daripada pihak Dewan Bahasa & Pustaka. Adalah saluran pertanyaan saya ini betul? Terima kasih.

1.    Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

2.    Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun.

3.    Log masuk setelah akaun diaktifkan.

4.    Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

5.    Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

6.    Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.


Talian khidmat pelanggan 0321479100 atau 0321479200

Lain-lain27.06.2024
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang peribahasa, 1. Seperti lampau di bawah jamban 2. Biar papa asalkan bergaya. Kedua-dua ungkapan sering dilafazkan oleh masyarakat Perak atau selalu merujuk pertuturan sesama rakyat Perak termasuklah dalam lagu. Soalan saya Adakah ungkapan ini termasuk dalam senarai peribahasa Melayu?Kedua-dua peribahasa tersebut termasuk dalam senarai peribahasa Melayu.Sastera20.05.2024
perkataan apakah yang membawa maksud orang yang hina sekalihina-dina =hina-lata =hina-leta =hina-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin (rujuk Kamus Dewan).Makna26.12.2006
orang yang paling hinaOrang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa (iaitu orang yang paling rendah martabat lagi miskin.Lain-lain17.12.2006
Bagaimana diterjemah perkataan-perkataan berikut yang merupakan satu set huruf fonetik dalam komunikasi tentera, polis dan sebagainya. Alpha, bravo, charlie, delta, echo, foxtrot, golf, hotel, india, juliett, kilo, lima, mike, november, oscar, papa, quebec, romeo, sierra, tango, uniform, victor, whiskey, xray, yankee, zulu.

Kumpulan perkataan yang dinyatakan merupakan perkataan yang terkandung dalam  NATO phonetic alphabet atau Radiotelephony Spelling Alphabet. Kumpulan perkataan ini tidak boleh diterjemahkan dan perlu digunakan dalam bentuk asal kerana telah diselaraskan penggunaannya di seluruh dunia.  

Lain-lain19.07.2022
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apaBintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa.Makna13.12.2006
pindah

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP.

Makna24.01.2010
12

Kembali ke atas