Yang manakah penggunaan KSN yang tepat? 1. Kajian ada dijalankan bagi mengesan kesilapan bahasa yang terdapat "DI" papan - papan tanda. atau 2. Kajian ada dijalankan bagi mengesan kesilapan bahasa yang terdapat "PADA" papan - papan tanda. Terima Kasih. | Penggunaan kata sendi nama (KSN) yang tepat adalah seperti dalam ayat yang berikut: Kajian ada dijalankan bagi mengesan kesilapan bahasa yang terdapat pada papan tanda. KSN pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. | Tatabahasa | 02.09.2024 |
Apakah maksud: 1. Papan tanda 2. Papan jalan 3. Papan tulis 4. Reka atur 5. Reka letak 6. Muka pintu 7. Muka taip 8. Balai cerap 9. Bahu jalan sama dengan tepi jalan? Terima kasih atas penjelasan tuan. | 1. Papan tanda bermaksud papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dan sebagainya). 3. Papan tulis ialah papan yang biasanya bercat hitam tempat menulis dengan kapur. 5. Reka letak ialah susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku, surat khabar, dan lain-lain. 6. Muka pintu bermaksud ambang pintu. 7. Muka taip bermaksud a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; 8. Balai cerap ialah bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dsb; 9. Bahu jalan bermaksud bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian untuk laluan kenderaan). Istilah reka atur dan papan jalan tiada dalam data kami. Istilah yang betul papan tanda nama jalan, iaitu yang digunakan untuk meletakkan nama jalan. | Makna | 26.11.2013 |
Dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di papan-papan tanda, apakah usaha atau langkah yang telah dan akan diambil oleh DBP penggunaan nama "Central Spine Road", iaitu merujuk kepada sebatang lebuh raya tanpa tol yang sedang dibina dari Simpang Pelangai, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan? Ucapan pembentangan belanjawan negara juga menyebut nama dalam bahasa Inggeris. Jadi, bolehkah DBP memberi syor kepada Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya supaya digunakan istilah/nama lebuh raya ini dalam bahasa Melayu? | Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman tuan, DBP akan melaksanakan kerja pemantauan tentang aduan ini dan membuat teguran kepada pihak yang berkenaan. Sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. Terima kasih. | Lain-lain | 12.11.2020 |
Soalan : A. Memadamakan papan hitam B. Memadam papan hitam Yang manakah betul dari segi bahasa? sebab saya pernah lihat pada buku rujukan banyak menggunakan 'memadam papan hitam ' Terima Kasih. | Ayat yang gramatis ialah "memadankan tulisan pada papan hitam" kerana yang dipadamkan ialah tulisan bukan papan hitam. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
Saya ingin menyemak perkataan yang digunakan in papan tanda saya. File papan tanda telah dilampirkan. Tujuan saya adalah untuk memohon lesen perniagaan papan tanda di Majlis Perbandaran Sepang. | Penggunaan bahasa Melayu pada lakaran papan tanda pihak tuan sudah betul. Untuk meneruskan permohonan pengesahan bahasa pada papan premis, sila layari laman web dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 13.06.2021 |
Permohonan pengesahan visual papan iklan oleh pihak DBP | Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila betulkan ejaan TEL.: dan FAKS: serta letakkan tanda titik bagi perkataan SDN. BHD. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran). Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat. Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak | Lain-lain | 15.12.2021 |
Soalan : A. Memadamakan papan hitam B. Memadam papan hitam Yang manakah betul dari segi bahasa? sebab saya pernah lihat pada buku rujukan banyak menggunakan 'memadam papan hitam ' | Ayat yang gramatis ialah memadamkan tulisan pada papan hitam sama seperti memadamkan api atau memadamkan kebakaran. | Tatabahasa | 09.01.2013 |
CEK PAPAN TANDA | Papan tanda yang dilampirkan tidak mempunyai bahasa Melayu untuk disemak. Untuk makluman tuan, Khidmat Pengesahan Bahasa, DBP menyemak papan tanda yang mempunyai perkataan bahasa Melayu sahaja. Sila masukkan aktiviti perniagaan seperti PEJABAT URUSAN, KILANG dan lain-lain. Seetelah membuat pembetulan, tuan hendaklah ke ruangan KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA bukan KHIDMAT NASIHAT BAHASA untuk mendapatkan kelulusan papan tanda. | Tatabahasa | 28.10.2013 |
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan kelulusan untuk papan tanda iklan bagi permohosan lesen permit perniagaan. | Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila terjemahkan slogan atau buat dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Mohon letakkan tanda titik bagi perkataan Sdn. Bhd. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran). Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat. Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak | Lain-lain | 26.01.2022 |
Bagi papan tanda premis dan papan tanda jalan premis adakah memelukan kelulusan pihak DBP. Sekirannya perlu apakah proses permohonan | Papan tanda premis perlu mendapat pengesahan bahasa Melayu daripada DBP. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila buat permohonan secara dalam talian melalui portal dbpsahbahasa.my. - Daftar Akaun dan Aktifkan Akaun
- Log masuk dan pilih Daftar Iklan
- Isikan Maklumat Iklan, muat naik visual iklan, klik Simpan dan buat bayaran
Sila rujuk Panduan Pelanggan dan video tatacara permohonan yang disertakan pada laman web. | Lain-lain | 15.04.2024 |