Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
papan (kata nama)
Bersinonim dengan belebas, regel, kayu tipis, kayu lebar.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada saudara/ri 1) apakah jenis-jenis papan tanda? 2) bahasa apa yang digunakan pada papan tanda? 3) apakah kesalahan papan tanda pada kebiasaannya?

1. Antara jenis papan tanda ialah papan tanda nama jalan, papan notis dan tunjuk arah.

2. Dalam konteks negara kita Malaysia, bahasa Melayu yang digunakan.

3. Lazimnya kesalahan yang terdapat ialah kesalahan ejaan dan tanda baca.

Lain-lain19.09.2010
CEK PAPAN TANDAPapan tanda yang dilampirkan tidak mempunyai bahasa Melayu untuk disemak. Untuk makluman tuan, Khidmat Pengesahan Bahasa, DBP menyemak papan tanda yang mempunyai perkataan bahasa Melayu sahaja. Sila masukkan aktiviti perniagaan seperti PEJABAT URUSAN, KILANG dan lain-lain. Seetelah membuat pembetulan, tuan hendaklah ke ruangan KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA bukan KHIDMAT NASIHAT BAHASA untuk mendapatkan kelulusan papan tanda.Tatabahasa28.10.2013
saya nak contoh papan-papan tanda yang terdapat kesalahan tatabahasa di kuala lumpur.Contoh-contoh kesalahan bahasa boleh diperoleh dalam akhbar sisipan Klik DBP pada setiap terbitan dalam ruangan Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung.   Lain-lain13.03.2008
Merujuk kepada lampiran berikut, minta nasihat Tuan sama ada bahasa yang digunakan dalam papan tanda mamatuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Papan tanda berukuran panjang ini diletakkan di depan kedai bagi tujuan perniagaan. Papan tanda yang berbentuk tegak pula dipasang dalam kedai. Harap Tuan dapat megesahkan untuk tujuan pemohonan lesen papan tanda bagi premis perniagaan. Sekian, terima kasih.Untuk pengesahan bahasa dalam iklan sila klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain14.06.2011
Design papan tanda tersebut adalah daripada syarikat yang di taja oleh syarikat Echo.Papan tanda tersebut adalah sama di seluruh Malaysia. Adakah pihak tuan dapat mengekalkan design papan tanda tersebut?Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain26.10.2015
kENAPA TERDAPATKESALAHAN BAHASA DALAM PAPAN TANDA?Untuk pengetahuan saudara untuk paparan awam (seperti iklan pada papan tanda) tanggung jawab terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan iklan dalam akhbar, DBP hanya menjalankan tanggungjawab memantau dan menegur kesalahan bahasa yang digunakan dalam akhbar.Tatabahasa13.03.2013
APAKAH PENGERTIAN PAPAN TANDA,PAPAN KENYATAAN DAN PENGUMUMAN

Papan tanda ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan ialah papan yang memaparkan sesuatu kenyataan atau notis/makluman. Papan pengumuman sama maksudnya dengan papan kenyataan.

Makna29.04.2009
Saya ingin memohon kebenaran mengunakan name syarikat saya "Unique Touch Concept" dalan Papan Tanda. Terima KasihUntuk makluman, DBP tidak mengesahkan nama khas dan nama dalam bahasa Inggeris. Sila masukkan perkataan seperti PEJABAT URUSAN dalam papan tanda syarikat.

Untuk kelulusan papan tanda, tuan hendaklah ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visusl papan tanda bukannya di ruangan Khidmat Nasihat Bahasa.
Tatabahasa28.08.2013
Selamat sejahtera saya ingin bertanya tentang papan tanda persatuan. Bolehkah saya sebagai setiausaha persatuan ini menghantar draf papan tanda persatuan ke pihak DBP terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan dari segi penggunaan tatabahasa bahasa melayu?? terima kasihSelamat sejahtera. Boleh, tiada masalah. Tuan/puan boleh mendapatkan penyemakan dan pengesahan papan tanda melalui dalam talian dengan melayari http://dbpsahbahasa.my/ atau berkunjung terus ke Kaunter Pengesahan Bahasa di DBP. Terima kasih.Lain-lain10.01.2019
Syarikat telah memohon daripada khidmat pengesahan bahasa untuk iklan papan tanda sebanyak dua kali tetapi tidak di luluskan atas sebab mengandungi bahasa inggeris. Tetapi, seperti lampiran, bahasa inggeris pada papan tanda adalah termasuk sebagai logo syarikat. Perkataan pada papan tanda telah pun ditukarkan kepada bahasa Malaysia kecuali perkataan didalam logo syarikat. Minta pihak tuan/puan periksa dan pertimbangkan.Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan nyatakan dalam permohonan tersebut tentang alas an mengekalkan logo tersebut.Lain-lain13.08.2015
12345678910...

Kembali ke atas