ayat paparan iklan yang sesuai untuk syarikat yang menjual barangan second hand? | Kami mencadangkan keterangan iklan yang sesuai ialah "Kedai Barangan Terpakai". | Lain-lain | 02.10.2014 |
Assalamualaikum. Paparan ayat (di pintu atau tembok bangunan) yang mana satu sesuai bagi mengalukan kedatangan tetamu: 1. Selamat Datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat Datang, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. | Ayat yang betul ialah "Selamat Datang Jemaah Nazir dan Pegawai Jaminan Kualiti Cawangan Muar." | Tatabahasa | 11.01.2014 |
untuk paparan di kaunter pertanyaan yang mana sesuai" boleh kami membantu anda?" "anda perlukan bantuan?" atau ayat lain yang bersesuaian. | Ayat yang sesuai ialah "Bolehkah kami membantu anda?" dan "Anda perlukan bantuan?" | Tatabahasa | 29.01.2009 |
Semakan untuk paparan aktiviti di papan iklan premis sama ada "Kedai Langsir" atau "Kedai MENJUAL Langsir". | Keterangan aktiviti yang betul ialah KEDAI LANGSIR | Lain-lain | 17.01.2015 |
slide | paparan /slaid | Istilah | 07.10.2011 |
Dilampirkan visual paparan iklan untuk kelulusan Dewan. | Untuk pengesahan iklan sila klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 13.06.2011 |
Saya ingin memohon contoh paparan papan iklan bagaimana caranya | Paparan iklan: 1. Keterangan iklan - PEJABAT URUSAN (saiz paling besar) 2. Nama Syarikat - ABC Sdn. Bhd. 3. Keterangan Tambahan (jika ada) 4. No. Pendaftaran iklan | Lain-lain | 05.02.2015 |
Makna & fungsi carta organisasi | Carta ialah paparan yang mengandungi keterangan (tentang harga, suhu, senarai sesuatu dan sebagainya) dalam bentuk graf, gambar rajah dan sebagainya. Carta organisasi ialah paparan keterangan sesebuah organisasi dalam bentuk gambar rajah, dan berfungsi memberikan gambaran awal tentang struktur organisasi tersebut. | Makna | 13.01.2011 |
Selamat sejahtera, Manakah yang lebih sesuai digunakan bagi terjemahan "List view"? a) Paparan senarai b) Pandangan senarai c) Lain-lain (sila berikan cadangan anda) Topik: Tekonologi Tiada padanan ditemui di DBP. Mohon bantuan anda. Terima kasih. | Istilah "Paparan Senarai" lebih tepat. Walaupun begitu, bergantung juga konteks penggunaan ayat. Soalan kedua tidak jelas, mohon tuan kemukakan semula soalan yang lebih jelas. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.05.2015 |
Salam, Bolehkah saya menggunakan singkatan 'HD' (merujuk kepada High Definition) dalam BM? Cth: Paparan skrin HD untuk pengguna telefon Samsung S5! | Untuk makluman, singkatan "HD" telah diterima dalam bidang teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, kami mencadangakan supaya tuan menggunakan "paparan skrin definisi tinggi (HD)" untuk mendidik dan memaklumkan masyarakat tentang istilah bahasa Melayu. | Istilah | 09.04.2014 |