Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg mendahului kata-kata lain utk menyatakan banyak: ~ guru; ~ hadirin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata para I

Puisi
 

Di atas para buah pauh,
     Burung plastik buah Melaka;
Tuan jauh saya pun jauh,
     Di dalam mimpi kita berjumpa.


Lihat selanjutnya...(15)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah yang betul dan manakah yang salah: - 'para pendidik' - 'para-para pendidik' - 'para nabi' - 'para-para nabi' - 'para anbiyak' - 'para-para anbiyak'? sila nyatakan sebabnya sekali. sekian terima kasih.Yang betul: para pendidik,para nabi,para anbiyak. Kata para merupakan kata penunjuk jamak dan tidak perlu diulang penggunaannya.Tatabahasa13.05.2008
Bolehkah sekiranya kita meletakkan para di hadapan perkataan penduduk?Mohon penjelasan pihak dbp. Terima kasih.Penggunaan para penduduk boleh digunakan,  walaupun perkataan penduduk merujuk kepada bilangan yang banyak, tetapi cukup dengan satu perkataan para sahaja bukan para-para. Contoh lain yang sama ialah para tetamu, para penonton, para perwakilan, para penjajah dan lain-lain lagi.Makna20.05.2020
Salam sejahtera, Mohon bantuan tuan/puan untuk menyemak terjemahan berikut: Sumber: our employees, shareholders or customers Terjemahan 1: para pekerja, pemegang saham dan pelanggan Terjemahan 2: para pekerja, para pemegang saham dan para pelanggan Adakah wajar 'para' diulang berkali-kali dalam terjemahan berkenaan? Terima kasih.Sudah memadai untuk menterjemah our employees, shareholders or customers sebagai para pekerja, pemegang saham dan pelanggan kami.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2018
1)Para perwira amat berjasa. Para perwira mempertahankan negara daripada dijajah.(kerana) Jawapan A:Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan B:Para perwira amat berjasa kerana (mereka)mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan yang mana satu betul?Jawapan yang betul ialah "Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah".
Tatabahasa05.07.2013
Para guru dan murid-murid atau para guru dan murid ?? Kerana perkataan para itu merujuk pada guru sahaja atau murid sekali? Mengongsikan atau mengkongsikan terima kasihFrasa yang lebih gramatis ialah para guru dan murid kerana para menunjukkan  jamak dan penggunaan kata hubung "dan" menunjukkan setara. Ejaan yang betul ialah mengongsikan.Tatabahasa08.08.2016
1)Para perwira amat berjasa. Para perwira mempertahankan negara daripada dijajah.(kerana) Jawapan A:Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan B:Para perwira amat berjasa kerana (mereka)mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan yang mana satu betul?

Jawapan yang betul ialah "Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah". 



Tatabahasa04.07.2013
apakah perbezaan terhadap dan kepada, bilakah kita menggunakan perkataan terhadap dan kepada dalam ayat. adakalanya nampak sama sahaja penggunaan terhadap dan kepada. contoh ayat. ".... para majikan memandang ringan terhadap para pekerja..." atau "..... para majikan memandang ringan kepada para pekerja...." sila bantu saya.Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.  ".... para majikan bersikap lepas tangan terhadap para pekerja..."Tatabahasa06.01.2015
Betul atau tidak perkataan "para" hanya boleh digunakan untuk manusia & bukannya untuk benda (misalnya, para negara) "Dalam kamus Dewan Edisi Empat, para ialah kata (yg mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Lazimnya, para digunakan pada manusia.Tatabahasa19.09.2013
Mary dan Anisa berbual-bual sambil membersihkan pasu kecil bunga hiasan di atas para bunga. Adakah penggunaan para itu betul?Mary dan Anisa berbual-bual sambil membersihkan pasu kecil bunga hiasan di atas para bunga.
Ya, penggunaan perkataan "para" itu betul.
Makna20.12.2019
Maaf, saya ingin bertanya. Tentang penggunaan perkataan para. Adakah sesuai jika diguna begini "para jiran"?Adakah betul penggunaan para di hadapan jiran? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.

Para melalui Kamus Dewan Bahasa bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Oleh itu, perkatan jiran sudah memadai untuk menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu.



















Lain-lain11.06.2020
12345678910...

Kembali ke atas