Pilih ayat yang betul A. Basikal berwarna perak itu tidak milik saya. B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. C. Salmah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. D. Ayah menyambut dan berbual dengan para-para tetamu yang hadir. Pilih ayat yang betul I. Mereka melayari internet di kafe siber. Ii. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim. Iii.Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus. A. 1 dan iii B.1 dan IV C. II dan III D. III dan I | 1. Ayat yang betul: B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. 2. Ayat-ayat ini betul: I. Mereka melayari internet di kafe siber. II. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim. III. Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus. Ayat IV tidak dikemukakan. | Tatabahasa | 23.06.2015 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul atau salah. Jika salah, tolong betulkan. Terima kasih. (1) Para penonton bertepuk tangan dengan gemuruh. (2) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli. | Contoh ayat yang betul ialah "Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli". Contoh ayat nombor satu tidak tepat kerana kata sendi dengan tidak disesuai digunakan dalam ayat tersebut. Kata sendi dengan membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. | Tatabahasa | 21.06.2019 |
Pertanyaan penggunaan bahasa yang betul. i. Reka bentuk atau rekabentuk. Cth. Unit Rekabentuk ii. Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya iii. Rujukan pada kontrak/garis panduan. Cth. Menurut klausa 12 syarat-syarat kontrak. Penggunaan menurut atau mengikut? klausa atau perenggan atau para yang sesuai kepada kontrak/garis panduan? iv. kemudahan atau fasiliti. cth tanjakan aras (ramps)/ tandas OKU merupakan kemudahan atau fasiliti OKU v. kebolehaksesan atau aksesibiliti. Cth. akses kepada sistem. sekian, terima kasih. | 1. Ejaan yang tepat ialah reka bentuk. 2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. 3. Rujukan pada kontrak/garis panduan - kedua-duanya boleh digunakan. 4. Menurut atau mengikut - kedua-dua perkataan ini boleh digunakan. 5. klausa atau perenggan atau para - kontrak/ garis panduan klausa dan perenggan sesuai digunakan manakala para merujuk kepada bilangan jamak seperti "para pelajar", para guru dan lain-lain. 6. kemudahan atau fasiliti - untuk maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan.Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan tuan. 7. Istilah bahasa Melayu yang lain bagi accessibility ialah kebolehcapaian. | Istilah | 09.06.2017 |
Salam sejahtera, Encik, adakah ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. 1) Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu para pelajar sertai untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2) Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3) Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan diadakan oleh kami pada minggu hadapan. 4) Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi akan kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5) Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak dari tadi. 6) i) Kerja-kerja memperlebar lebuh raya itu sedang dijalankan dengan giat. ii) Saya yakin akan keikhlasannya dalam menjalin persahabatan dengan saya. iii) Kereta perkarangan rumah banglo itu mewah-mewah belaka. 7) Sejak daripada tadi pemuda itu termenung di situ. 8) Ali terpinga-pinga bila ditegur oleh lelaki yang bukan dikenalinya. 9) Beberapa orang kanak-kanak merupakan penduduk yang tertinggi sekali di kampung kami. | Ayat yang betul :1. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu disertai oleh para pelajar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2. Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan kami adakan pada minggu hadapan. 4. Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5. Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak tadi. 6. Ayat ini betul. 7. Sejak tadi pemuda itu termenung di situ. 8. Ali terpinga-pinga apabila ditegur oleh lelaki yang tidak dikenalinya. 9. Beberapa orang kanak-kanak merupakan jumlah penduduk yang tertinggi di kampung kami. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
Salam, bolehkah para Pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu hari ini mempertahankan bahasa Melayu dengan mengurangkan peminjaman istilah-istilah asing seperti bahasa Inggeris dan Eropah sebab bahasa-bahasa itu bukan rumpun Melayu. Jika tiada perkataan atau istilah yang sesuai untuk menterjemahkan sesuatu istilah Inggeris, ada baiknya jikalau para pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu meminjam istilah serumpun seperti bahasa Melayu Indonesia, bahasa Jawa, Arab, Filipina dan lain-lain serta ada baiknya juga jikalau dipinjam daripada istilah-istilah loghat negeri atau daerah seperti loghat Kelantan, Kedah, Johor dan jikalau tiada sekalipun, cubalah untuk mereka dan mencipta istilah baru. Untuk itu saya memberi contoh, bahasa Melayu tiada istilah "Bicycle" dalam bahasa Inggeris, lalu dipinjam menjadi ''basikal'' dan itu memang kerja menjengkelkan serta kerja mudah. Apa kata, para DBP dan tokoh bahasa Melayu berfikiran terbuka dan berdaya cipta sedikit . Jadi, dalam loghat kedah ''basikal'' disebut ''gerek''. Jadi, apa salahnya jikalau digunakan ''gerek'' untuk ''basikal'' dalam bahasa Melayu dan boleh juga mencipta istilah lain seperti ''bi'' dalam bahasa Inggeris dan ''dwi" dalam bahasa Melayu serta ''cycle'' dalam bahasa Inggeris dan ''kitar'' dalam bahasa Melayu. Jadi, tak salahkan jikalau digabungkan dua perkataan Melayu itu seperti "dwikitar'' untuk ''bicycle'' dalam bahasa Inggeris. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan). Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab. Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu. | Istilah | 06.11.2015 |
Manakah jawapannya I Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada bermasalah disiplin di sekolah. II Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah menyesal sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. III Program Nilam dianjurkan bertujuan untuk memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah. IV Para pemimpin Palestin bersetuju untuk berbincang di meja perundingan sebagai langkah penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV | Hanya ayat no. 4 sahaja yang betul. Ayat yang betul ialah i. Guru-guru diminta untuk memastikan murid-murid tiada masalah disiplin di sekolah. ii. Ibu bapa yang hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah kesal akan sikap murid-murid yang tidak menghormati tetamu. iii. Program Nilam dianjurkan bertujuan memupuk sikap suka membaca dalam kalangan murid di sekolah. | Lain-lain | 19.08.2010 |
Selamat malam! Manakah yang merupakan ayat yang betul. Sila juga menjelaskan kesalahan ayat yang lain, terima kasih! I Pusat beli-belah itu sungguh hingar-bingar dengan suara para pengunjung. II Menjadi pelajar terbaik sekolah merupakan hasrat hati Fiazal setelah sekian lama. III Usaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR akan dilakukan okeh Aizat sebaik-baik mungkin. IV Hajatnya yang setinggi gunung itu diluahkan abang kepada ayah pada malam itu. | Ayat yang betul ayat II dan ayat IV. Ayat I perlu dipinda menjadi Pusat beli-belah itu hingar-bingar dengan suara pengunjung. Ayat IV menjadi Untuk mencapai kejayaan dalam PMR, Aizat akan berusaha sebaik mungkin. | Tatabahasa | 25.07.2014 |
Ada pendapat yang mengatakan bahawa kata penguat bebas iaitu sangat,amat dan sungguh boleh digunakan serentak dengan kata penguat belakang sekali, contohnya sangat cantik sekali, amat hebat sekali dan sungguh mahal sekali. Namun dalam kebanyakan penerbit buku rujukan masih tidak menerima pendapat ini kerana latihan yang diberikan dalam keluaran mereka semuanya menyatakan penggunaan kata penguat seperti di atas adalah salah. Jadi, apakah nasihat kita kepada para pelajar kita dan apakah pendirian DBP dan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam hal ini?Kalau pendirian DBP dan KPM bercanggah, pendirian siapakah yang patut kami ikut? | Menurut buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah agensi perancang bahasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut: i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu ii. ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan. Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244. | Tatabahasa | 24.05.2008 |
Salam Saudara/Saudari, 1) Mohon tunjuk ajar cara pengunaan ke dan kepada. (Mohon tunjukkan contoh sekali) 2) Apakah sinonim yang profesional bagi "dihantar"? 2) Adakah yang berikut betul? "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar kepada Jabatan X" atau "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X" | 1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh: i. Mereka akan ke Kuantan esok ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh: i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. 3. Apa yang dimaksudkan sinonim yang professional bagi "dihantar", tidak jelas. Berikut makna bahgi "hantar" 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pakaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar. 3. Ayat yang betul, "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X" | Tatabahasa | 19.08.2015 |