Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[pa.ra.graf] | ڤاراݢرف

Definisi : 1. bahagian sesuatu penulisan yg ter­diri drpd sekumpulan beberapa ayat (bermula di baris baru dan biasanya bermula terkedalam drpd baris-baris berikutnya, perenggan; 2. Id tanda § (utk menandakan fasal baru). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paragraf

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bila guna gaya bahasa seperti simile, metafora, hiperbola dan karya sastera? Adakah digunakan semasa paragraf deskripsi, detik-detik penting seperti prolog, epilog, letupan emosi dan klimaks sahaja?

Salam tuan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Encik Ja’afar bin Hamdan, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera melalui nombor telefon 03-21479697 atau e-mel kepada jfar@dbp.gov.my.

Lain-lain04.01.2026

Lain-lain26.11.2025
langkau dua baris tu macam mana sebab saya berminat nak buat cerpen dan novel tapi tak tahu. Mohon bantuannyaLangkau dua baris bermaksud selang sebanyak 2.0 yang boleh ditetapkan setting) pada ruangan paragraf. Dalam bahasa Inggeris, langkau dua baris bermaksud double spacing.Lain-lain06.08.2022
Selamat sejahtera bos Apakah Perbezaan antara para, pepara dan para-para Terima Kasih1. “Para” bermaksud:

i.             Rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain.

ii.            Kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai.

iii.           Bahan kenyal dan kalis air daripada susu getah atau bahan sintetik, biasanya digunakan untuk membuat tayar, sarung tangan, bola dan lain-lain.

iv.          Paragraf”.

2. “Pepara” bermaksud sejenis tumbuhan (rumpai), rumput sendayan, Rhynchospora corymbosa.

3. “Para-para” bermaksud “para”, iaitu rak tempat menaruh barang-barang dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1617 dan 1670.

Lain-lain18.05.2024

Kembali ke atas