| Apakah ayat yang sesuai bagi "paddy parcel area"? Ini kerana agensi ini menterjemahkan kepada - keluasan pasel padi. Adakah perkataan pasel boleh diguna pakai dalam perenggan laporan berbahasa melayu? Sekiranya tidak, apakah perkataan "parcel" dalam bahasa melayu" | Dalam pangkalan data kami, padana bahasa Melayu untuk "area" ialah luas atau kawasan. padanan bahasa Melayu untuk "parcel" ialah petak atau bidang. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "paddy parcel area" ialah luas petak padi. | Istilah | 04.04.2014 |
| Bolehtak PosParcel digunakan sebagai nama produk? Nama ini digunakan untuk produk bungkusan. Nama PosBungkusan terlalu panjang. Parcel telah diterimapakai oleh semua orang. Kami juga ada produk registered mail, dinamakan PosDaftar dan PosEkspres untuk surat ekspres. | Sehingga hari ini perkataan 'parcel' atau 'parsel' masih belum diterima sebahagian daripada bahasa Melayu. Kata 'bungkusan' masih digunakan bagi padanan kata 'parcel'. | Istilah | 13.06.2009 |
| Bagi ayat "Pack and label your parcel correctly", ayat yang mana lebih bersesuaian? 1. Bungkuskan dan labelkan bungkusan anda dengan betul ATAU 2. Bungkus dan labelkan bungkusan and dengan betul ATAU 3. Bungkus dan label bungkusan anda dengan betul. Mohon pencerahan. | Ayat yang betul ialah: Bungkuskan dan labelkan bungkusan anda dengan betul. Selain itu tuan juga boleh menggunakan ayat ini: Sila bungkus dan label bungkusan anda dengan betul. | Tatabahasa | 24.03.2023 |
| buku panduan elektrik | Sila berikan dengan jelas tajuk buku/modul supaya pihak kami dapat menerangkan dengan lebih jelas apakah keperluan pihak tuan. Sila hubungi Pusat Perkembangan Kurikulum seperti alamt di bawah: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Parcel E 62604 PUTRAJAYA 03-88882000/03-88842036 (Pn.Jagdeesh Kaur) | Lain-lain | 23.02.2008 |