parkir atau parking?.. merujuk kepada jawapan DBP,apa bezanya bahasa indonesia dengan bahasa melayu?..bahasa indonesia adalah bahasa melayu juga..parking itu adalah bahasa inggeris.keliru dengan jawapan dari DBP..sekadar memberi pendapat. terima kasih. | Saudara Hairi, Padanan bahasa Melayu yang digunakan di negara kita sebagai bentuk yang baku dan betul ialah tempat atau ruang letak kereta. Seperti yang dinyatakan sebelum ini perkataan parkir digunakan di negara Indonesia. | Istilah | 12.08.2009 |
I. BAHASA MELAYU BAGI 'REVERSED PARKING'' II. HAD LAJU 30KMJ ATAU HALAJU 30KMJ ?? | i. Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur. ii. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju. Maka yang betul ialah Had Laju 30 KM/J | Makna | 10.04.2017 |
Assalamualaikum. Mohon khidmat tuan untuk istilah berikut: "Reverse Parking" Terima kasih. Wassalam. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur. | Istilah | 04.09.2012 |
MOHON UNTUK SEMAK PERKATAAN INI PARKIR ATAU PAKIR ATAU PARKING = TEMPAT LETAK KENDERAAN | Parkir ialah bahasa Indonesia yang bermaksud meletak kenderaan. Oleh itu dalam bahasa Melayu "parking" ialah tempat meletak kenderaan. | Makna | 12.08.2009 |
SALAM TUAN, Saya nak tanya iaitu ada satu papan tanda tertulis : PARKIR PERCUMA FREE PARKING Soalan saya : Ejaan yang digunakan "PARKIR" betul ke? | Parkir ialah perkataan Indonesia. Dalam bahasa Melayu kita menggunakan istilah "Tempat Letak Kereta" dan jika Free Parking ialah Tempat Letak Kereta Percuma. | Tatabahasa | 17.10.2011 |
Mohon pencerahan berkaitan dengan penggunaan perkataan Parkir atau Parking yang membawa maksud tempat letak kereta yang diterima pakai oleh DBP? Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan DBP, perkataan "parkir" bermaksud tempat atau kawasan khas yang disediakan untuk meletakkan kereta, motosikal dan sebagainya untuk beberapa waktu, yang kadangkala dikenakan bayaran; tempat letak kereta. Manakala perkataan "parking" pula merupakan bahasa Inggeris yang bermaksud ruang letak kereta. Berdasarkan pertanyaan tersebut, perkataan yang sesuai digunakan ialah "parkir". | Penyemakan dan penterjemahan | 03.06.2020 |
Terjemahan istilah dari bahasa English kepada Melayu 1. Multi Info Display 2. Foot Parking Brake Kedua-dua istilah ini digunakan untuk keterangan terhadap alatan dalam kenderaan. | Encik Nazli, Padanan bahasa Melayu bagi istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut : i. Multi Info Display : Paparan Pelbagai Maklumat ii. Foot Parking Brake : Brek Letak Kenderaan Jenis Kaki( seperti yang dibincangkan melalui telefon) | Istilah | 30.12.2009 |
Jawapan tuan bagi "reverse parking" diertikan sebagai "letak kereta undur" atau "letak kereta secara mengundur" dirujuk. 1. Adakah sesuai saya ertikan sebagai "letak kenderaan undur"? 2. Apa perbedaan antara perkataan "kenderaan" dengan "kendaraan"? | Sekiranya merujuk kepada pelbagai jenis kenderaan, tuan boleh menggunakan "letak kenderaan undur." Untuk makluman, perkataan "kendaraan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh diigunakan. | Istilah | 06.09.2012 |
kami ingin membuat pengiklanan di parking kompleks, pihak pengurusan berkata kami hendak membuat pemohonan di sini, bagamainakah kami membuat pemohonan ? sekian terima kasih. | 1. Permohonan tempat adalah melalui pihak tertentu yang menguruskan bangunan tersebut dan lesen untuk menaikkan iklan melalui pihak berkuasa tempatan contohnya DBKL. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula berperanan untuk menyemak teks draf visual iklan yang hendak dipasang dan draf tersebut perlu mendapat kelulusan daripada DBP terlebih dahulu sebelum membuat permohonan lesen daripada PBT. 2. Pengesahan visual iklan tersebut boleh dibuat melalui laman web "dbp sah bahasa" atau hadir ke Kaunter Pengesahan Bahasa DBP Kuala Lumpur, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Selatan dan DBP Caw. Sabah dan Sarawak 3. Draf visual iklan hendaklah dalam bahasa Melayu dan dibawa bersama-sama untuk tujuan pengesahan. | Lain-lain | 10.07.2019 |
Kami bercadang untuk menyediakan papan tanda meletak kenderaan secara mengundur (reverse parking) di kawasan tempat kerja. Minta nasihat adakah "LETAK KENDERAAN SECARA MENGUNDUR" sesuai digunakan? | SILA LETAK KENDERAAN SECARA MENGUNDUR | Tatabahasa | 26.01.2017 |