Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[par.ki.ran] | ڤرکيرن

Definisi : tempat menghentikan (menyim­pan) kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parkiran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAR 3RD, 12:27AM Nazimah Yaakob Nazimah As slm...adakah masih diterima pakai penggunaan perkataan 'parkiran'? sedangkan ianya tidak biasa digunakan oleh masyarakat.Waalaikumussalam. Perkataan "parkiran" digunakan di Indonesia. Walau pun ada ditulis dalam kamus, itu hanya rakaman kamus sahaja. Di Malaysia kita masih menggunakan perkataan "tempat letak kereta".Lain-lain03.03.2016
Salam DBP. Saya keliru dengan perkataan Parkir. Perkataan ini kalau dibuat carian DBP online ada terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Maknanya perkataan ini diiktiraf sebagai perkataan Bahasa Melayu. Tapi kenapa dalam kategori Khidmat Nasihat, perkataan ini adalah perkataan Bahasa Indonesia dan tempat letak kereta adalah Bahasa Melayu. Kewujudan perkataan Parkir dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mengelirukan. Mungkin ini juga punca penggunaan perkataan Parkir banyak digunakan di Malaysia. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Takrif parkir dalam kamus DBP:

parkir tempat atau kawasan khas yang disediakan untuk meletakkan kereta, motosikal dan sebagainya untuk beberapa waktu, yang kadangkala dikenakan bayaran; tempat letak kereta (KDP 2020:1621)

parkir IB; memarkir menghentikan (me­nyimpan) kereta: sebuah teksi diparkir; mobil saya diparkir di pinggir jalanparkiran tempat menghentikan (menyim­pan) kereta. (KD-4 2005: 1142)

Perkataan parkir telah digunakan secara meluas oleh masyarakat dan banyak terdapat dalam bahan-bahan korpus bahasa Melayu. Dalam kamus bahasa Melayu terkini DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana kata parkir diberikan sinonim tempat letak keretaParkir dan tempat letak kereta telah sama banyak digunakan dalam korpus lisan mahupun tulisan.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang terbit pada tahun 2005, parkir diletakkan label IB kerana pada masa tersebut parkir merupakan kata serumpun (Indonesia/Belanda) yang masih belum banyak digunakan di negara ini dan belum diangkat sebagai bahasa Melayu baku.

Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan adalah betul.

Lain-lain18.02.2025

Kembali ke atas