| Assalamualaikum, Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'Partial Least Squares' Terima kasih. | Jika bersesuaian dengan konsep penggunaannya, kami mencadangkan partial least squares diterjemahkan kepada "kuasa dua terkecil separa". | Penyemakan dan penterjemahan | 14.08.2015 |
| Mohon terjemahkan dalam Bahasa Melayu: 1. Non-respon bias 2. Partial Least Square | Istilah bahasa Melayu untuk "non respose bias" ialah bias tak respons (bidang Perubatan). Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "partial least square" ialah kuasa dua terkecil separa. | Istilah | 25.09.2016 |
| Adakah padanan yang betul bagi perkataan “semi-processed” adalah “diproses separa” atau “separa diproses”. Sama juga dengan perkataan “semi-fermented” adakah “separa tertapai” atau “tertapai separa”. Ini kerana melalui semakan kami perkataan seperti di bawah ini pula perkataan “separa” berada di belakang. part evaporation penyejatan separa. partly skimmed milk susu skim separa partial alcoholic beralkohol separa partially hydrogenated oils lemak separa terhidrogen | Padanan bahasa Melayu bagi “semi-processed” ialah separa proses dan “semi-fermented” ialah separa tertapai. | Makna | 07.07.2021 |
| Assalamualaikum wbt. Saya memerlukan khidmat nasihat bahasa bagi penggunaan istilah yang betul bagi penulisan tesis saya. Saya lampirkan di "fail lampiran" senarai istilah yang memerlukan semakan dari pihak DBP. Jasa baik dan kerjasama pihak DBP saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Salam sejahtera, Semua istilah yang diberi betul kecuali yang dibawah ini: 1. Partial Least Square-Structural Equation Modeling terjemah kepada Model persamaan berstruktur-kuasa dua terkecil separa 2. Exogenus variable kepada Pemboleh ubah eksogenus 3. Endogenous variable kepada Pemboleh ubah endogen 4. Predictive accuracy kepada Ketepatan ramalan 5. Predictive relevant kepada Kerelevanan ramalan 6. Indicator kepada penunjuk Sekian, terima kasih. | Istilah | 20.10.2017 |