party rock antheme | Soalan saudara kurang jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 29.07.2011 |
Salam, saya ingin bertanya, 'Sleepover','Pajamas party' atau 'Slumber party' merupakan budaya barat yang bermaksud tidur semalaman di rumah seseorang atau tempat lain. Disebabkan budaya ini tidak wujud dalam masyarakat Melayu, ada tak perkataan atau frasa yang boleh diterjemahkan bagi menepati makna perkataan tersebut? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Parti Bermalam. | Istilah | 28.04.2016 |
Apa terjemahan 'to crash party'? | Cadangan terjemahan bagi crash party ialah tetamu tanpa jemputan. Jika ingin mendapatkan terjemahan yang lebih tepat, mohon berikan contoh perkataan dengan ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan mengikut konteks ayat yang diberikan. | Makna | 31.07.2022 |
guna perkataan BM apa untuk "party popper"? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "party popper" dalam bahasa Melayu. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 14.05.2013 |
Apakah terjemahan 'bachelorette party' dalam bahasa Melayu? | Tidak ada terjemahan bagi perkataan bachelorette party dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah parti bujang dan keraian praperkahwinan. Cadangan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.05.2021 |
Apakah terjemahan bagi 'party hat'? Adakah 'topi pesta'? | Puan Azeelia, Cadangan terjemahan bagi perkataan tersebut ialah topi pesta. | Istilah | 24.06.2010 |
Salam, mohon cadangan terjemahan perkataan "base" dalam konteks politik. In politics, the term base refers to a group of voters who almost always support a single party's candidates for elected office | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "base" dalam konteks politik. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengundi tegar atau pengundi tradisi. | Istilah | 30.10.2014 |
Hai, boleh saya tahu, apakah kata ganti nama diri ketiga untuk benda, majmuk? Contohnya ayat Bahasa Inggeris: 1) She loves them. The cats. 2) I eat them at his birthday party. | Kata Ganti Nama Diri Ketiga untuk Benda ialah itu dan ini. | Tatabahasa | 03.10.2022 |
Salam sejahtera tuan/puan, saya ingin minta bantuan pihak tuan/puan untuk menyemak terjemahan berikut; 1. The flag of thought leads the way : Gagasan pemikiran/ideologi menerajui hala tuju @ Gagasan pemikiran/ideologi memacu hala tuju @ Bendera pemikiran/ideologi menerajui hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism : Kedudukan panduan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan pimpinan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan bimbingan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era : Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology : Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society : Hasrat Bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the Party : sepanduk ideologi Parti 7. faith in socialism : kepercayaan/keyakinan dalam sosialisme 8. political soul : semangat politik @ maruah politik @ jiwa politik 9. spiritual pillar : pendorong semangat Terima kasih. | Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan: 1. The flag of thought leads the way: Gagasan pemikiran/ideologi/fahaman menerajui/memacu/memandu hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism: Kedudukan panduan/bimbingan/ideologi/fahaman pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era: Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology: Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society: Hasrat bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the party: Lambang/isi utama ideologi parti 7. faith in socialism: kepercayaan/keyakinan pada sosialisme 8. political soul: semangat/maruah/jiwa politik 9. spiritual pillar: asas/tonggak rohani/semangat Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 21.02.2022 |
Tuan/Puan, Apa padanan dalam Bahasa Melayu bagi ayat di bawah: "No organization, body or group of students whether established by, under or in accordance with this Act, shall have any affiliation, association or other dealing with, any society, political party, trade union or any other organization, body or group of persons-" Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.10.2021 |