| Saya ingin bertanya sususan ayat di bawah yang mana satu betul: Beliau memohon cuti tanpa gaji adalah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London. atau Beliau memohon cuti tanpa gaji ialah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London. | Ayat yang betul ialah "Beliau memohon cuti tanpa gaji adalah untuk mengikut pasangannya menyambung pengajian PhD di London".
| Tatabahasa | 23.03.2014 |
| "Dengan kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya." Soalan: Boleh atau tidak perkatan "dengan" digunakan pada permulaan ayat? diharap pihat DBP dapat berikan penjelasan lanjut. terima kasih. | Kata "dengan" boleh digunakan pada permulaan ayat, tetapi ayat yang saudara berikan telah lengkap tanpa adanya kata "dengan" - Kehadiran tuan-tuan dan puan- puan akan menambah seri majlis persandingan anak lelaki tunggal kami dengan pasangannya." | Tatabahasa | 27.05.2008 |
| Salam nak tanya, ?” Kemudian dia terfikirkan sang harimau dan pada saat itu juga sang harimau dan pasangannya menjelma, sang harimau perlu huruf besar ka? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Jadi, Sang Harimau juga harus ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 31.08.2021 |
| "melahirkan pelajar cemerlang hendaknya."adakah ayat ini betul dan sesuai digunakan untuk pantun? | Ayat tersebut bukanlah satu ayat yang lengkap, tidak ada subjek yang menjadi pokok perbincangan dalam ayat. Jika hendak digunakan dalam pantun perlu ada kesinambungan dengan baris yang menjadi pasangannya (pembayang atau maksud). | Tatabahasa | 15.05.2013 |
| Adakah frasa "mengetahui tentang" betul? Pada hemat saya, "mengetahui" merupakan kata kerja transitif dan mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata/frasa nama. Mohon pencerahan, terima kasih. | Perkataan "mengetahui" menerima apitan meN-...-i perlu diikuti objek, seperti contoh ayat yang berikut: “Setelah mengetahui isi hati Ahmad terhadapnya, Aminah terus bersetuju menerima Ahmad sebagai pasangannya.” Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 204 dan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 2211. | Lain-lain | 04.01.2024 |
| Adakah ‘kesenjangan’ merupakan perkataan asli Bahasa Melayu? Dan apakah makna sebenar bagi perkataan tersebut? | Kata senjang berasal daripada bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau merupakan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu di bawah rumpun Austranesia. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna senjang ialah: senjang سنجڠ Minangkabau kata adjektif 1 (berkenaan ukuran tinggi, lebar atau panjang) tidak sama antara satu sama lain; 2 (berkenaan kedudukan dua benda seperti lukisan, ukiran atau sulaman) tidak seimbang antara sebelah kiri dengan sebelah kanan; 3 (berkenaan pengantin, suami isteri atau saudara kembar) tidak sepadan dengan pasangannya; persenjangan ڤرسنجڠن kata nama hal menjadi senjang; kesenjangan کسنجڠن kata nama keadaan senjang. Oleh sebab itu, kata kesenjangan ialah keadaan yang tidak seimbang antara sesuatu, terdapatnya jurang. Penggunaan kata ini seperti dalam ayat berikut: Contoh 1: Usaha untuk merungkai masalah kemiskinan dan kesenjangan yang kian melebar perlu dipergiat. Contoh 2: Ketika ini, masih terdapat kesenjangan antara sekolah di kawasan bandar dan luar bandar. | Makna | 02.11.2024 |