Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasaraya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam..saya ingin bertanya,buku salina tidak diterbitkan lagi ke?sebab sudah lama saya mencari buku tersebut tapi masih tidak dapat.. 2)DPT patut wujudkan sistem kad keahlian kepada pelanggan DBP..dengan kad keahlian tersebut,DBP boleh buat jualan murah secara berperingkat sepertimana yang dibuat seperti pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai buku yang lain..dengan adanya kad keahlian dan potongan harga untuk ahli,saya pasti minat membaca rakyat Malaysia semakin bertambah.. 3)tuliskan bilangan muka surat utk setiap buku yang dijual secara online sebab kalau tidak ditulis,agak sukar untuk mengagak ketebalan sesebuah karya.. diharapkan pihak DBP akan mempertimbang cadangan saya ini.. sekian,terima kasih...

Terima kasih kerana menggunakan talian khidmat bahasa DBP.

1) Untuk pengetahuan saudara buku Salina belum ada diterbitkan untuk edisi baru. Untuk membacanya saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu dan menjadi ahli RAKAN DEWAN.

2) Saudara boleh menjadi ahli RAKAN DEWAN dengan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Dengan keahlian ini secara automatik saudara akan dapat menggunakan kemudahan rujukan, penyelidikan dan pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu. Disamping itu dengan kad keahlian Rakan Dewan saudara akan menikmati diskaun sehinghga 25 peratus yang ditawarkan di mana-mana kedai Galeri Ilmu DBP di ibu pejabat, pejabat cawangan dan wilayah.

3) Jika saudara merujuk ke KATALOG AWAM ATAS TALIAN melalui sistem Pustaka, apabila saudara klik pada ikon TERPERINCI maka segala maklumat mengenai buku tersebut akan dipaparkan. Saiz buku, ketebalan buku dan lain-lain lagi.

Selamat Mencuba

Lain-lain03.12.2009
Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat dan betul? Kepuasan dan kesetiaan pelanggan terhadap Pasaraya X Kepuasan dan kesetiaan pelanggan kepada Pasaraya X

Ayat yang lebih tepat dan betul ialah Kepuasan dan kesetiaan pelanggan terhadap pasar raya x.

Tatabahasa16.05.2018
Yang mana betul? A) Pasaraya Jusco B) Pasar Raya Jusco Yang mana betul? A) Leburaya Persekutuan B) Lebuh Raya Persekutuan Terima kasih

Saudara,

Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut:

i. Pasar Raya Jusco ii. Lebuh Raya Persekutuan

Kedua-dua perkataan pasar raya dan lebuh raya ialah kata majmuk dan dieja sebagai dua perkataan.

Ejaan08.02.2010
Salam Mohon tanya sama ada ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan/penjelasan) 1.Orang ramai membeli belah di pasaraya. 2.Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. 3.Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. 4.Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. Izani Hj. Daud.

1. Orang ramai membeli belah di pasaraya. - ejaan yang betul ialah membeli-belah dan pasar raya

2. Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. - ayat tergantung, ramai orang ______ di Pasar Tani

3. Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. - betul

4. Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. - betul

Tatabahasa02.08.2011
Ejaan dan penggunaan 'pasar raya / pasaraya' dan 'lebuh raya / lebuhraya' sering berbeza dan mengelirukan. Apakah ejaan / penggunaan yang betul, satu atau dua perkataan?ejaan yang betul pasar raya dan lebuh raya.Tatabahasa10.07.2007
berbagai-bagai jenis barangan dijual di pasaraya itu. adakah berbagai-bagai barangan atau berjenis-jenis barangan juga betul digunakan ? terima kasihBoleh digunakan.Tatabahasa13.04.2010
Iman selalu memperoleh hadiah ( dari / daripada) peraduan yang disertai di sebuah (pasar raya/ pasaraya) . yang manakah pilihan yang betul dalam kurungan. terima kasihImam selalu memperoleh hadiah daripada peraduan yang disertai di sebuah pasar raya.  Sila rujuk laman prpm.gov.my untuk keterangan lanjut.Tatabahasa16.01.2013
Tuan, antara yang berikut, yang manakah tepat penggunaanya? Bandaraya Melaka, Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya Ipoh dan Pasaraya Giant.Ejaan yang betul ialah bandar raya Melaka, bandar raya Ipoh, bandar raya Kuala Lumpur dan pasar raya Giant.

Bagi ejaan yang diwartakan, bandaraya dieja rapat seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan lain-lain.
Ejaan22.09.2013
Salam tuan, Bagaimanakah caranya untuk membezakan sesuatu perkataan itu perlu dieja bersambung atau diasingkan. Contoh: jalan raya pasarayaKata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu.Tatabahasa23.04.2013
Jika perkataan ucaptama dan ucap utama diterima dalam bahasa Melayu, mengapa perkataan tengah hari ( tengahari ), pasar raya ( pasaraya ), kereta api ( keretapi ), alat tulis ( alatulis ), dan lain-lain tidak diterima, sedangkan berlaku proses akronim yang mantap dan diterima umum ?Perkataan tengah hari,  pasar raya,  kereta api, alat tulis merupakan kata majmuk, iaitu perkataan yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72.   Tatabahasa03.02.2010
12

Kembali ke atas